Pada zaman kini agak mustahil seseorang itu tidak mempunyai sebarang akaun media sosial; tidak kiralah sama ada Facebook, Twitter, Instagram atau sebagainya. Bagi generasi milenial, Twitter merupakan antara medium media sosial menjadi pilihan kerana ia bersifat ringkas, mudah, pantas dan 'persekitaran' sesuai dengan personaliti mereka yang inginkan sesuatu perkara secara padat dan cepat.

 

Dicipta oleh Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone dan Evan Williams pada tahun 2006, aplikasi media sosial ini digunakan setiap hari kira-kira oleh kira-kira 328 akauan username yang aktif. Tidak hairanlah Twitter kini bukan lagi dianggap sebagai medium bersosial sahaja tetapi boleh menjadi platform pelbagai guna.

 

Ada beberapa fakta tentang Twitter yang mungkin korang tak tahu. Nak tahu apa dia? Jom check out fakta menarik ini di bawah!

 

1. Hampir diberi nama 'Friendstalker'

Yes, we're not joking! Jika idea Evan Williams ini terus dibawa ke depan, kita semua menggunakan aplikasi yang mempunyai nama cukup cringy. Beberapa nama lain seperti Twitch, Twitcher dan Jitter juga turut dilontarkan.

 

2. Logo ikonik burung dinamakan bersempena seorang legenda sukan

Burung kecil yang menjadi ikon Twitter dinamakan bersempena dengan nama pemain bola keranjang legenda yang pernah bermain untuk pasukan Boston Celtics, Larry Bird. Ia disahkan sendiri oleh co-founder Twitter, Biz Stone yang menjawab soalan dari seorang pengguna Twitter, @Peterstringer.

 

 

3. #NoSeriously, Twitter tidak mencipta penggunaan hashtag.

Suatu ketika dahulu, pengunaan '#' cukup sinonim di chat room, Internet Relay Chat (IRC). Penggunaan '#' pertama di Twitter digunakan oleh Chris Messina yang merupakan bekas pekerja di Google dan kini menjadi ketua peneraju di Uber.

 

 

4. Katy Perry mempunyai follower paling ramai

Penyanyi jelita dan versatil, Katy Perry mempunyai pengaruh cukup luar biasa di laman Twitter. Sehingga hari ini, dia memppunyai jumlah follower kira-kira 99.9 juta!

 

5. Idea mencipta Twitter

Menurut Jack Dorsey, dia mendapat ilham untuk mencipta Twitter ketika sedang berada di atas papan gelungsur!

 

6. Paling banyak Retweet

Sebelum ini, Ellen Degeneress memegang rekod dengan Oscar-selfie dengan jumlah kira-kira 3.4 juta kali. Namun, rekod itu dileburkan oleh seorang remaja bernama Carter Wilkenson yang tular dengan #NuggsforCarter. Ia bermula selepas Carter memohon restoran fast food, Wendy's untuk mendapatkan nuget ayam percuma. Ia mendapat retweet sebanyak 3.6 juta.
 

 

7. Had 140 aksara

Pada mulanya, Dorsey mengehadkan sebanyak 160 aksara kerana itulah jumlah maksimum untuk teks mesej untuk telefon bimbit suatu ketika dahulu. Kemudian ditukar menjadi 140 aksara kerana dia berasa ia lebih sesuai.

 

8. Co-founder, Noah Glass dibuang dari syarikat

Salah seorang pengasas bersama Twitter, Noah Glass telah 'ditendang' keluar pada tahun 2011. Dia pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya (oh irony) di Twitter.
 

 

9. Akibat tweet palsu

Pada tahun 2013, disebabkan oleh tweet palsu, pasaran stok di Amerika Syarikat telah lumpuh seketika dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD130 juta.

 

10. Jumlah Tweet dalam sehari

Jika kesemua tweet dalam masa sehari dikumpulkan ia dianggarkan boleh memenuhi sebuah buku berjumlah 10 juta muka surat. Phewww, generasi sekarang memang 'suka bercakap' nampaknya.