Menukar kabinet dapur dan aksesorinya  pastinya kan menelan belanja yang tinggi dan besar. Tetapi apa yang boleh dilakukan untuk menaikkan mood dan mengembirakan kita bila berada di ruang dapur menyediakan hidangan yang enak buat seisi keluarga. Ingin membuatkan dapur anda kelihatan berbeza bernafas baru..??

Web Impiana kongsi kan tip menarik dengan menukar warna dinding yang lebih variasi dan menarik. Ketahui tip mudah dalam memilih rona yang hebat di ruang dapur anda.

 

 

 

  • Skim warna Neutral yang boleh kita gunakan di dapur dengan menggunakan warna-warna seperti coklat, putih, kuning air dan kelabu. Ia akan menyuntik kesegaran dan menampakkan dapur kelihatan elegan.

 

  • Warna dapur yang agak popular ialah warna perang, peach, kuning, merah jambu, dan biru, Warna kuning akan membuatkan dapur kelihatan luas.

 

  • Ia akan menjadi lebih baik jika anda memilih skema semulajadi di dapur anda. Suasana di dapur akan lebih selesa dan semulajadi . Anda boleh memilih warna biru langit dan hijau.

 

  • Anda juga boleh bemain dengan beberapa warna supaya ruang tersebut tidak kelihatan membosankan. Pilih satu warna sebagai warna asas dan memilih warna lain sebagai pelangkap.

 

  • Gabungan dua warna yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain pada rona warna. Jika anda memilih skema warna di dapur, maka dapur anda akan kelihatan lebih dramatik dan lebih tenaga di dalamnya.

 

  • Jika dapur anda gelap dan berasa sejuk. anda boleh memilih warna hangat yang memberikan kesan hangat yang memberikan ke seluruh bilik. Pilih warna yang terang dan jelas jika anda ingin membawa sedikit cahaya memasuki ruang dapur.

 

  • Pilih warna yang sepadan dengan gaya rumah anda. Pelbagai konsep seperti moden, klasik dan country, Inggeris akan mempengaruhi rona yang akan digunakan. Sebagai contoh, jangan gunakan warna merah terang jika dapur anda berkonsep country.

 

  • Selaraskan dengan rona kabinet, jika kabinet rona gelap digunakan, ada baiknya memilih rona terang bagi mengimbangi ruang dapur agar kelihatan segar dan indah.

 

  • Jangan takut untuk memilih warna rona cerah atau lebih gelap di dapur. Pemilik perlu lebih kreatif dalam menyerlahkan ruang memasak.

 

  • Pilih warna yang anda gemari dan mampu memberi kegembiraan kepada pemilik kediaman. Dapur sesebuah kediaman itu sendiri mencermin keperibadian pemiliknya.