Tidur merupakan nikmat yang paling mengasyikkan dan tidak terungkap dek kata-kata apabila anda bangun dan terasa segar untuk meneruskan aktiviti harian.  Walaubagaimanapun jika anda mempunyai masalah untuk tidur lena ia akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.  Kepada bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, anda perlulah sentiasa memastikan waktu tidur adalah cukup dan tidak berlebihan. Ia bukan sahaja akan memudaratkan diri malahan boleh membuat anda menjadi pemarah dan bercelaru.  Mungkin anda tidak tahu apa kesannya kepada kehidupan seks anda, ingatan, kesihatan, kelihatan, dan juga keupayaan anda untuk menurunkan berat badan.

 

Pastinya pasangan anda ingin melihat anda tampil cantik di hari bahagia sambil memperagakan busana pengantin yang mempesonakan. Rancangan yang teliti serta teratur sebelum menjelang hari perkahwinan dapat membantu anda agar tetap segar dan ceria di hari bersejarah.

1.      Lemah pemikiran

Tidur memainkan peranan yang penting dalam pemikiran dan pembelajaran.  Kekurangan tidur menyakitkan proses kognitif dalam pelbagai cara. Salah satunya ia merosakkan perhatian, kepekaan, tumpuan, pemikiran, dan menyelesaikan masalah. Ini menjadikan ia lebih sukar untuk belajar dengan lebihcekap.

2.      Masalah kesihatan yang serius

Menurut sesetengah anggaran, 90% orang akan mengalami insomnia iaitu gangguan kesukaran tidur. Gangguan tidur dan kehilangan tidur yang kronik boleh meletakkan anda berisiko untuk terkena serangan jantung, kegagalan jantung, denyutan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, strok dan diabetes.

3.      Tiada minat pada hubungan intim

Kekurangan tidur juga akan menyebabkan anda tidak dapat memberikan kepuasan serta tiada keinginan untuk ‘bersama’. Untuk menceriakan kehidupan suami isteri, tuntutan dalam memberikan kepuasan dalam hubungan intim adalah penting agar pasangan anda dapat menikmati keasyikkan dalam melayari bahtera perkahwinan. Selain itu juga, ia akan menggangu pernafasan anda ketika tidur seperti berdengkur dan kesannya pasangan anda akan terganggu semasa tidur.

4.      Tekanan atau stres

Akibat kekurangan tidur, anda akan lebih rasa tertekan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak fokus dalam sesuatu hal. Ini memberikan kesan yang buruk semasa membuat persiapan perkahwinan. Wajah anda juga akan menggambarkan kesangsian serta kecelaruan di dalam kotakfikiran.  Seri pengantin pada wajah juga akan hilang serta merta.

5.      Menggemukkan

Akibat daripada kekurangan tidur, anda akan lebih mudah berasa lapar dan berselera. Oleh itu, ia akan meningkatkan selera makan yang tinggi sekali gus berat badan anda akan naik lebih cepat. Untuk kekal cantik dan sihat,anda perlulah menjaga waktu rehat dan tidur yang mencukupi.

6.      Tiada seri wajah

Apabila tidur tidak cukup menjelang hari persandingan anda akan menyebabkan mekap serta seri pada wajah tidak naik. Selain itu juga, wajah anda akan mempamerkan rasa kurang selesa serta tidak bermaya. Penjagaan tidur yang bagus adalah tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Sekali gus anda akan merasakan perbezaanya. Kulit nampak lebih bermaya dan anda kekal cergas di hari bahagia.

 

sumber gambar: internet