Amal 'Pelaris' Nak Cepat Kaya
Pelaris Makan Tuan
 |
GARA-gara ingin
memperolehi keuntungan
besar, kaya dan hidup
senang, akhirnya seorang peniaga
wanita tertipu oleh bomoh
apabila pelaris perniagaan yang
diamalkan menarik sebahagian
keuntungan yang diperolehi.
Wanita yang menjual
makanan dan minuman menemui
seorang bomoh di Klang dengan
harapan bomoh itu dapat
membantunya dalam melariskan
lagi perniagaan yang
diusahakannya.
Bomoh itu memberikan
sebaris ayat untuk diamalkan dan
ternyata perniagaan semakin
mendapat kunjungan pelanggan.
Namun, apa yang menghairankan
peniaga itu adalah keuntungan
yang diperolehi itu hanya tinggal
separuh sahaja daripada anggaran
keuntungan yang sebenar.
Berasa sangsi dengan apa
yang berlaku itu, peniaga wanita
itu bertemu dengan pengamal
perubatan Islam, Hamdan Haji
Abdul Ghani dan menceritakan
kejadian pelik yang berlaku
padanya.
“Dia sudah lama berniaga. Namun, dia merasakan perniagaannya perlu ada pelaris lalu dia mengambil keputusan untuk bertemu bomoh di Klang. Bomoh itu memberikan dia sepotong ayat yang berbunyi seperti ayat Al-Quran. “Ayat yang diselewengkan itu memberikan keyakinan kepada peniaga itu bahawa bomoh itu menjalankan perubatan tradisional secara Islam.
Apabila diamalkan setiap hari, perniagaan juga semakin hari semakin maju. “Namun peniaga itu berasa pelik kerana keuntungan yang sepatutnya besar hanya tinggal separuh sahaja. Kalau dia menolak kos, keuntungan yang sepatutnya mencapai RM3,000 hanya tinggal RM1,500 sahaja,” cerita Hamdan.
Wanita itu juga memberitahu bahawa dia tidak boleh melupakan ayat yang diberikan bomoh berkenaan dan semasa diberikan ayat itu, dia begitu mudah untuk menghafalnya.
|