Bacaria : Suara generasi baru

 


Muka Depanteam EditorialLanggan Bacaria!PengiklananMaklum Balas

Majalah Keibubapaan No 1 Malaysia
MUKA DEPAN

Chef Wan bongkar Rahsia

“MENURUT ustaz itu lagi, orang yang dengki pada saya itu lelaki dan dalam bidang yang sama dengan saya. Dia sangat cemburu dengan kejayaan saya dan nak tutup periuk nasi saya. Malah sampai nak binasakan saya dan keluarga,” ujar Chef Wan.

Sakit misteri Chef Wan beransur pulih
‘Saya tak akan maafkan dia!’


“ALHAMDULLILAH, penyakit misteri yang saya alami sudah banyak berkurangan. Namun saya masih jalani rawatan pemulihan secara berperingkat,” balas Chef Wan ketika ditanya tentang perkembangan terbaru penyakit misteri yang dialaminya.

Katanya, sejak mendapatkan rawatan daripada beberapa ustaz, dia kini lebih aman dan tiada lagi gangguan pada sebelah malam, cuma tapak kakinya masih sakit seakan dicucuk jarum.

“Walaupun masih sakit tetapi saya seorang yang positif, saya lawan perasaan itu. Malah ustaz yang merawat saya pun cakap saya kuat sebab mampu melawan, padahal sihir yang dikenakan ke atas saya sudah berlarutan sejak dua tahun lalu,” tambahnya. Bagaimana pun Chef Wan menegaskan tidak akan memaafkan perbuatan orang itu. Kata Chef Wan, “Selagi dia tak datang minta maaf pada saya, saya tak maafkan dia.

Akibat perbuatan dia, saya merana. Saya tak nak tuduh siapa dalangnya, saya hanya syak seseorang. Biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan dia.” Walaupun tidak tahu apa puncanya dirinya diperlakukan begitu, namun Chef Wan yakin orang itu berniat jahat terhadapnya kerana dengki dengan kejayaan yang dikecapinya.

“Menurut ustaz itu lagi, orang yang dengki pada saya itu lelaki dan dalam bidang yang sama dengan saya. Dia sangat cemburu dengan kejayaan saya dan nak tutup periuk nasi saya. Malah sampai nak binasakan saya dan keluarga,” tambahnya. Katanya lagi, kejadian ini benar-benar menjadi pengajaran buat dirinya kerana kini dia tahu siapa kawan dan siapa lawan.

“Kalau benar dia tak puas hati dengan saya, eloklah berdepan sahaja. Bersemuka dan luahkan. Dia buat macam ni, macam penakut. Saya cuma nak tahu kenapa dia sanggup buat begini,” kata Chef popular ini. Bergelar YB Biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan, namun masih ada pihak yang mengiktiraf kejayaan Chef Wan dalam memartabatkan resipi-resipi tradisional.

Baru-baru ini, Chef Wan menerima Anugerah Ahli Mangku Nogoro Pakubuwono yang membawa gelaran Yang Berhormat daripada Raja Majapahit sempena ulang tahun ke-4 pertabalan raja berkenaan. Selain itu Chef Wan juga sempat menjalani penggambaran Ole-Ole Chef Wan di Jogjakarta untuk tayangan bulan Ramadan ini dan menghasilkan sebuah buku resipi ‘Sajian Aidilfi tri Bersama Chef Wan’.

Buku usahasama pertama Chef Wan dengan Avon ini adalah sebahagian daripada aktiviti amal selebriti ini sempena keberkatan bulan Ramadan. “Kami harap dapat mengumpul sekitar RM20,000 untuk didermakan kepada anakanak yatim. Setiap RM1 daripada pembelian buku resipi ini akan disalurkan kepada rumah anakanak yatim terpilih. Kesemua royalti saya, saya dermakan kepada tabung ini. Saya ikhlas sumbang resipi ini secara percuma,” katanya.




 

Hakcipta Terpelihara
Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja.
Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.
© 2007 - All Right Reserved by Karangkraf.com