Tajuk :
Citarasa Selebriti Sheila Rusly Edisi 3
Penyelaras/Editor :
Intan Zabidin Tarikh Keluaran: April 2008
Status :
Ada di pasaran
Pembantu :
Siti Arfah Abdul    

Belum sampai setahun buku Citarasa Selebriti Edisi 2 berada di pasaran, kini personaliti terkenal Sheila Rusly tampil dengan buku Citarasa Selebriti edisi 3 pula.

Seperti buku-buku resipi Sheila yang terdahulu, apa yang dipaparkan di dalam buku ini juga adalah himpunan resipi Sheila bersama selebriti-selebriti tanah air seperti Hans Isaac, Norkhiriah, Abon, Zed Zaidi, beberapa karyawan yang dikenali dan juga chef-chef pilihan. Selain itu, turut dimuatkan sedikit tip-tip masakan untuk dicuba sendiri oleh peminat.

Dengan harga cuma RM15.90 memang tak rugi mendapatkan satu untuk simpanan ataupun koleksi sendiri. Buku ini juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa sahaja.



Tajuk :
Pertemuan Emran & Erra
Penyelaras/Editor :
Intan Zabidin Tarikh Keluaran: Oktober 2007
Status :
Ada di pasaran
Pembantu :
Unit Inovasi Kreatif    

Bukan hanya kisah kerjayanya mendapat perhatian media, sebaliknya kisah peribadi ratu layar perak ini juga tidak pernah sepi menjadi bualan ramai. Malah ada yang memandai-mandai membuat andaian dan spekulasi sendiri yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama Erra Fazira.

Pun begitu perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini telah menamatkan segala kontroversi yang timbul. Malah Erra juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan kisah cintanya dengan Emran bersama peminat melalui buku berjudul ‘Pertemuan’ yang merupakan terbitan eksklusif Karangkraf.

Untuk pengetahuan anda, inilah satu-satunya buku keluaran khas tentang kisah percintaan, pertunangan dan pernikahan Erra Fazira bersama jejaka pilihannya. Turut dimuatkan, gambar-gambar Erra dan Emran ketika zaman kanak-kanak hinggalah zaman dewasa. Tidak ketinggalan suasana sebelum dan ketika majlis pernikahan, termasuklah gambar barangan hantaran kedua-dua pihak mempelai.

Dengan hanya RM12.90, anda boleh mengetahui rentetan kisah Erra dan Emran dari mula perkenalan hinggalah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 25 Oktober lalu. Malah turut diselitkan luahan sebenar Erra tentang kisah peribadinya yang selama ini hebat dicanangkan.



Tajuk :
20 Resipi Kerabu Sheila Rusly
Penyelaras/Editor :
Intan Zabidin Tarikh Keluaran: April 2007
Status :
Ada di pasaran
Pembantu :
Team Media Hiburan    

Pelakon dan pengacara terkenal, Sheila Rusly berjaya menghasilkan satu lagi buku masakan buat tatapan peminat. Kali ini Sheila berkongsi serta sedikit pengetahuan tentang kerabu yang kini menjadi citarasa ramai. Buku ini adalah himpunan resipi turun temurun yang sungguh menyelerakan.


Idea ini tercetus apabila Sheila ditanya ramai peminat dan kenalan tentang pemakanan yang enak dan di waktu yang sama dapat menjaga kesihatan dan mengawal tahap kolestrol. Jawapannya, sudah tentu kerabu yang merupakan juadah yang cukup ringkas dan tidak tinggi kos pembelanjaannya, juga amat sesuai bagi mereka yang berdiet.


Jangan tunggu lagi. Dapatkan edisi khas ini segera di pasaran dengan harga
RM8.50 sebelum kehabisan!

 

Tajuk :
Nurul: Peribadi, Kerjaya & Masa Depan
Penyelaras/Editor :
Intan Zabidin Tarikh Keluaran: Mac 2007
Status :
Ada di pasaran
Pembantu :
Unit Penerbitan Buku Khas    


"Tidak tahu bagaimana untukku mulakan cerita ini. Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Terfikir juga, mungkin akan ada yang tersalah tafsir.


Namun bagiku, sejujurnya, aku sekadar mahu berkongsi pengalaman hidupku dengan mereka yang pernah mengenali siapakah insan yang bernama NOORULHUDA AB WAHAB. Barangkali juga, ada yang terfikir aku dambakan publisiti murahan. Bagiku, semua itu tidak akan menjadi kudis kerana ia sekadar pendapat dan prasangka masing-masing.


Setiap insan mempunyai cerita hidup mereka yang tersendiri. Demikian juga dengan aku. Ini cerita aku, cerita yang mungkin boleh dijadikan motivasi bagi insan yang sama minat dengan aku. Aku juga mengharapkan ia setidak-tidaknya menjadi pengajaran kepada mereka yang memerlukan atau mungkin juga sebagai pedoman.


Ini cerita aku. Bacalah dan telitikanlah setiap cerita yang mungkin ada yang boleh dijadikan pedoman atau sekadar bahan bacaan ringan. Asalkan ada yang membeli dan membaca, aku bersyukur dan sangat berterima kasih buat kalian semua..."


Kepada yang meminati penyanyi popular yang lebih dikenali dengan nama Nurul ini, jangan ketinggalan dapatkan buku khas ini dengan harga RM15.90 kini di pasaran.

 

 

[1 2 3 4 5 6]
Ingin Cetak Borang Pesanan? Klik sini...
Hubungi alamat di bawah sekiranya anda berminat mendapatkan keluaran-keluaran khas ini :-

Karangkraf Network Sdn Bhd

Unit Langganan & Pengedaran
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511 8533 ext: 439/437
Faks: 03-5511 8517
Emel: langganan@medianetwork.com.my