Majalah PC > Mahir IT
Menambah Tanda Khas Pada Foto Digital
 |
Hari ini, anda berpeluang untuk merakam sendiri peristiwa menarik atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling dalam bentuk gambar atau foto digital. Rakaman boleh dibuat menggunakan kamera digital atau telefon bimbit berkamera. Jika foto yang dirakam itu ada nilai eksklusif atau menarik, anda boleh berkongsi menerusi blog, emel, atau khidmat jaringan sosial popular seperti Facebook. Namun, sebagai pemilik asalnya anda boleh meletakkan tanda (watermark) pada foto berkenaan sebelum dikongsi. Ini boleh dilakukan menerusi perisian TSR Watermark Image Software 1.7.
Perisian ini membolehkan anda menanda sejumlah foto digital secara serentak. Anda boleh menambah tanda seperti imej logo atau teks hakcipta. Misalnya nama dan alamat (URL) tapak web juga sesuai untuk dijadikan sebagai tanda. Selain menanda foto satu persatu, perisian ini juga boleh menanda foto secara berkumpulan. Ini boleh menjimatkan masa anda. Apabila perlu, ketetapan yang telah dibuat dalam perisian ini boleh disimpan untuk digunakan kembali. Dari aspek penggunaannya pula boleh dikatakan mudah. Jika anda berminat, jangan keberatan untuk mencubanya.
Nota: Selain menambah tanda khas, perisian ini boleh membuang maklumat EXIF yang terdapat dalam foto digital. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.
CARA PENGGUNAAN
Langkah 1: Tanpa berlengah lagi, muat turun (download) fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://www.watermark-image.com/. Anda juga boleh menemuinya di tapak web yang menyediakan beraneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau tapak web lain yang seumpamanya. Manakala saiz failnya hanya sekitar 361 KB dan menyokong pelbagai versi sistem operasi (OS) Windows (termasuklah XP, Vista, dan 7). Selepas fail berkenaan dimuat turun, tempatkan ke dalam sebuah folder kemudian perlu diekstrak (Rajah 1).
Langkah 2: Seterusnya, klik fail yang dimuat turun tadi untuk memulakan proses pemasangan. Semasa dipasang (install), anda perlu memilih lokasi bagi menempatkan direktori fail yang akan dihasilkan (Rajah 2). Kemudian, ikuti arahan yang seterusnya hingga proses pemasangan selesai atau berjaya. Proses pemasangan biasanya akan mengambil masa sekejap sahaja. Sebaik sahaja pemasangannya tamat, anda boleh memeriksa direktori fail yang terhasil. Di sini, anda akan menemui sebuah fail yang berlabel WatermarkImage.exe bersama fail lain (Rajah 3).
|