Majalah PC > Multimedia
Arcania : Gothic 4

Permaiann ini, Gothic adalah siri permainan RPG yang sudah berada dalam industri sejak 2001. Malah hero permainan ini sudah berulang-alik di antara dunia fantasi dan dunia nyata sehingga menjadi pemanah yang cekap, pahlawan yang gagah atau ahli sihir yang berkuasa untuk mengelak daripada menjadi mangsa Orc. Siri Gothic ini telah dibangunkan semula oleh Spellbound di mana mereka membangunkan Arcania: Gothic 4 yang mempunyai hero tanpa nama yang baru, cerita yang baru dan rumah yang baru.

Anda akan berhadapan dengan dunia yang ganas, serangan berdarah ke atas pulau Myrtana yang didiaminya oleh raja baru iaitu Rhobar III yang mempunyai rupa yang sama dengan hero tanpa nama dalam Gothic 3. Tentara jahat Rhobar III telah membunuh rakan-rakan dan family watak utama termasuklah tunangnya yang berada di Argaan selatan Myrtana. Dengan itu anda akan cuba membalas untk rakan-rakan anda dan anda menjadi pemain pedang handalan, pemanah dan ahli sihir.

Arcania agak mudah dikendalikan dan mudah dimainkan samada sebagai pemain pedang, pemanah dan ahli sihir bagi mengendalikan serangan dan menyerang musuh. Dengan itu anda diberikan tiga jenis watak pertarungan, di mana sistem kawalan kemahiran lengkap dengan mata yang boleh digunakan untuk dilaburkan setiap kali anda mencapai tahap baru, malah dengan sistem kombat yang mudah digunakan maka serangan anda lebih mudah dilancarkan. Anda boleh menggunakan kombinasi serangan, mengelak atau halang serangan dengan perisai, menetapkan sasaran sebelum memanah jarak atau dekat, manakala magis pula melibatkan api, air batu dan petir yang boleh membawa pelbagai kerosakan kepada musuh.


Artikel penuh dalam Majalah PC SEPT 2010. Kini pasaran!


Hakcipta Terpelihara © Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd 2009