Cannergy
   


Penghias Muka Depan
Iqram & Gee
TEMAN TAPI MESRA

Sesi fotografi untuk menggandingkan pasangan ini telah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu. Dek kesibukan masing-masing di lokasi, tarikh penggambaran penghias muka depan majalah Pesona Pengantin terpaksa dilakukan pada hujung minggu. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pasangan ini harus diberi pujian. Tambahan pula, ia dijalankan di Kuala Selangor yang mengambil masa 45 minit perjalanan dan fotografi diadakan dalam suasana matahari terbenam. Sungguh romantik.

Muhammad Iqram Dizly, 26 tahun dan Fouziah Gous, 25 tahun, dua nama yang semakin meniti di bibir peminat dan mewarnai persada seni tanahair. Bukan sahaja lakonan mantap yang dipersembahkan di layer perak tetapi mereka juga tidak dapat lari daripada gosip tentang cinta mereka. Kita ikuti ceritera menarik pasangan ini tentang percintaan dan impian perkahwinan mereka.

PP: Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri anda?
Iqram: Saya anak ketiga daripada 4 adik beradik. Saya seorang yang sensitif tentang hal kemanusiaan dan cintakan flora dan fauna. Amat mementingkan keluarga dan menjaga silaturrahim tanpa mengira usia, suka aktiviti mencabar. Prinsip hidup saya ‘apa-apa pun teruskan perjuangan, jangan lupa keluarga'.
Gee: Saya jenis yang suka memasak dan membaca. Jika ada waktu lapang, saya akan keluar membeli belah bersama emak dan kadang-kadang menghabiskan masa melayan kerenah anak buah saya.

PP: Mengapa anda mengambil keputusan menceburi dunia seni yang penuh cabaran ini?
Iqram: Secara peribadinya, saya sukakan cabaran dan dunia seni ini banyak membuka minda saya untuk mengenal psikologi dan sosiologi manusia. Seterusnya, dapat berdakwah dengan melakonkan watak-watak yang dipertanggungjawabkan.
Gee: Dunia lakonan banyak memberi rezeki kepada saya. Apatah lagi, selepas tamat kontrak dengan MAS, saya harus bekerja dan alhamdullilah, saya diterima oleh peminat. Paling penting niat yang ikhlas akan mempermudahkan lagi setiap kerja yang kita lakukan.

Kita ikuti kisah menarik mereka ini yang dikongsi bersama Pesona Pengantin seterusnya di dalam edisi Oktober 2008.



Promosi

Abadikan kenangan indah bersejarah di hari perkahwinan di majalah kesayangan anda ini. Paparkan kreativiti dan kelainan pada gambar anda berserta madah cinta yang romantis. selanjutnya