Kandungan Laman Impiana
     
  Ketinggalan edisi lepas?
Hubungi:
Unit Langganan & Pengedaran
03-51013651/652
 
•   Laman Utama   Taman Hebat  •   Isu Pilihan   •   Hortikultur   •  DIY   •
• 
Aksesori   •   Dekorasi   •   Promosi    •  Cover Lepas     



Asyik berkebun

Hortikultur


Miliki sebuah taman pasti lebih bermakna apabila anda sendiri terlibat secara langsung menanam dan menjaga ‘penghuni’nya. Perhatian penuh terhadap tanaman hiasan mahupun tanaman dapur pasti berbaloi apabila keindahan dan hasilnya dapat dinikmati bersama.

Mexican sword plant
Kuntuman bunga putihnya menyerlahkan lagi penataan taman air.

Dikatakan berasal dari kawasan tropika Amerika, tanaman hiasan berbunga ini merupakan salah satu tumbuhan akuatik popular selain daripada Eichhornia crassipes, Typha angustifolia, Nymphaea cultivars dan sebagainya. Banyak ditanam di dalam taman-taman air di kebanyakan kediaman di negara kita, Echinodorus palaefolius mempunyai daun seakan-akan anak panah atau hujung lembing, tanaman suai matahari ini boleh dibiakkan menggunakan anak benih yang boleh diperolehi dari pangkal setiap tangkai bunga yang telah layu.

• Popular dengan nama Mexican sword plant, ia menghasilkan beberapa kuntum bunga berwarna putih pada tangkai yang berukuran kira-kira satu kaki.
• Tanaman hiasan ini mudah untuk ditanam dalam medium air dan tanah liat yang lembap. Selain daripada itu, ia turut sesuai ditanam pada medium penanaman pokok pasuan asalkan tanah tersebut sentiasa lembap.
• Sekiranya ditanam pada tanah, ia perlu disiram dua kali sehari bagi memastikan ia sentiasa lembap untuk tumbuh subur.
• Bagi menggalakkannya berbunga semula, kerat tangkai bunga yang telah layu.
• Bagi mereka yang inginkan tanaman hiasan yang low maintenance, pemilihan Mexican sword plant sebagai tanaman hiasan merupakan pilihan bijak kerana ia tidak memerlukan penjagaan rapi.





- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bila Perlu Tukar Tanah Bonsai?


Hortikultur


Cara mudah untuk tahu bila perlu tukar tanah untuk kekalkan tumbesaran yang sempurna. Bonsai. Penampilan fizikalnya yang cantik tidak memberi makna sekiranya tanah yang digunakan tidak mampu memberikan sokongan baik untuk proses perkembangannya. Oleh yang demikian, tip atau info berikut mungkin dapat membantu anda untuk menjaga bonsai dengan lebih baik dan seterusnya mendapatkan pokok bonsai yang sihat.

• Keadaan tanah yang baik menjadi penentu kepada tumbesaran pokok yang sempurna.
• Jumlah tanah yang mencukupi di dalam pasu membantu bekalan air memadai untuk kegunaan akar bonsai.
• Anda disarankan supaya menggunakan tanah merah bakar halus dan juga kasar sebagai medium penanaman pokok bonsai.
• Masukkan tanah kasar terlebih dahulu ke dalam pasu dan diikuti dengan tanah halus. Tujuan prosedur ini adalah untuk mengelakkan air siraman daripada bertakung.
• Periksa keadaan tanah pokok bonsai dengan memerhatikan kadar serapan air yang disiram. Sekiranya air siraman masih lagi bertakung pada permukaan tanah lebih daripada lima minit ini menandakan tanah tersebut perlu digembur atau ditukar.


Selanjutnya dapatkan majalah LAMAN IMPIANA keluaran Januari 2010 di pasaran




 
Hakcipta Terpelihara © Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd