Aloha


Selamat Tahun Baru 2009

Tahun 2008 telah memberikan satu lebaran baru kepada editorial MPC. Nampaknya kami tidak sebagus mana dan kami akan terus cuba meningkatkan kandungan MPC. Kenapa kami tidak sebagus mana? Sebab kami diberitahu yang kami tidak mencapai apa yang dikehendaki dan kami boleh pergi lebih jauh lagi daripada apa yang kami capai sekarang.

Kami tiada saingan? Memang kami tiada saingan dari kategori majalah IT dalam BM tetapi majalah IT berbahasa Inggeris lebih diterima mungkin kerana bahasa. Kami juga tidak dapat mengukur keupayaan kerana kami berlari seorang diri di sekeliling balapan dan kami tidak tahu pantas mana kami berlari. Namun kami akan terus berlari dan pastikan yang kami berlari dengan berhati-hati dan kuat supaya tidak jatuh tersungkur.

Tahun 2009 adalah tahun cabaran. Ekonomi akan tercabar dan negara juga tidak stabil akibat dari faktor politik selain daripada ekonomi. Malaysia adalah satu-satu negara yang berpolitik sepanjang masa dan tiada masa untuk berhenti dan bekerja. Akibatnya ekonomi yang sepatutnya mencapai tahap tertentu tidak tercapai kerana kesibukan dan kealpaan melakukan tugas yang tidak sepatutnya.

Lebih banyak lagi yang patut dilakukan untuk rakyat. Kerana rakyat disepatutnya dibebankan dengan kerenah tiga suku orang-orang yang diberi kepercayaan oleh rakyat.

Ketemu lagi dalam Majalah PC Februari 2009

Wassalam

Editor Majalah PC
p.s. doakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia

Kami ingin memohon maaf di atas kesilapan artikel dalam halaman 34 dan 35 keluaran Januari 2009