Kalau dalam bulan Ogos kita semua menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, 16 September ini pula kita semua akan menyambut Hari Malaysia sempena penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia menghayati hari tersebut. Pendek kata memang bertuah dapat jadi rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja berbilang bangsa, malah negara kita juga aman dan makmur.