Versi Digital
 

  SURVEY ONLINE


  + DARA
  + FOKUS SPM 2007

Redaksi Maklumbalas Langganan Pengiklanan Borang Kajiselidik

“Kehadiran Syawal menggamit kenangan” - Aza



BIODATA:
Nama

Siti Azar Nadhirah Azmi

Nama Panggilan:
Aza
Tarikh Lahir:

23 April 1990

Umur:

20 tahun

Asal:

Seremban Negeri Sembilan

Kegemaran:

melayari Internet, membeli belah, air suam

Filem kegemaran: Twilight saga, Baby’s Day Out, filem Jepun (terutamanya My Boss My Hero)
Anak Ke: 2 Daripada 5 beradik
Pendidikan: Diploma Farmasi Universiti Kuala Lumpur (Royal College of Medicine Perak)
Emel: theoryofl ife234@gmail.com
 

Gadis bernama Siti Azar Nadhirah Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Aza ini memang bertuah kerana terpilih menjadi Cover Girl Dara.com bagi edisi lebaran ini. Aza yang setia ditemani oleh adiknya sepanjang sesi fotografi berlangsung, tidak kekok apabila berada dihadapan kamera. Lihat sahaja gaya yang dipamerkan, sememangnya Aza seorang yang ceria, aktif, dan pandai bergaya. Apa kata kita berkenalan lebih lanjut lagi dengan si gadis yang berbintang Taurus ini.


Apa perasaan Aza apabila terpilih sebagai Cover Girl bulan ini?

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana terpilih untuk menjadi penghias muka hadapan majalah ini. Sesungguhnya saya tidak pernah menyangka yang saya akan terpilih, memandangkan ramai lagi calon yang layak. Namun, inilah yang dikatakan rezeki. Ini merupakan pengalaman pertama saya muncul sebagai penghias muka hadapan dan saya berterima kasih kepada team Dara.com kerana memberi kepercayaan dan pengalaman berharga kepada saya. Pengalaman ini juga akan saya gunakan untuk meningkatkan keyakinan diri saya terutama apabila berhadapan dengan orang ramai.


Persediaan menyambut ketibaan hari raya?

Saya percaya kebanyakan umat Islam kini dalam keadaan yang sangat ceria untuk bercuti dan seterusnya menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfi tri. Pasti ramai yang sibuk membeli belah barang keperluan dan kelengkapan raya. Maklum sajalah raya setahun sekali. Seperti orang lain juga, beberapa persiapan perlu dilakukan untuk menyambut Hari Raya Aidilfi tri yang bakal tiba tidak lama lagi. Setiap tahun, saya akan membantu ibu membuat aneka biskut dan kuih raya untuk dihidangkan kepada para tetamu. Walaupun menyambut hari raya dalam keadaan yang sederhana, namun keceriaan dan kegembiraan hari raya jelas dirasai kerana pada masa inilah kami sekeluarga dapat berkumpul, bermaaf-maafan dan menziarahi rumah sanak saudara.


Kenangan hari raya yang tidak boleh Aza lupakan?

Hari raya merupakan hari yang penuh dengan kegembiraan. Jadi sudah pasti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan. Banyak kenangan manis dan pahit sewaktu menyambut hari raya namun yang paling melucukan ialah sewaktu saya dan adik-beradik saya sedang bermain bunga api pada malam raya. Pada masa itu saya baru berusia enam tahun. Sedang asyik kami bermain, tanpa disedari, saya secara tidak sengaja telah mencucuh bunga api tersebut ke baju adik saya sehingga menyebabkan baju kurungnya berlubang. Mujur dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Pada mulanya ibu nampak marah. Tetapi ibu pun turut ketawa sama selepas melihat gelagat kami. Sehingga hari ini, saya pasti akan tersenyum sendiri apabila mengenangkan peristiwa tersebut. Peristiwa itu juga merapatkan lagi hubungan kami adik-beradik kerana kami menjadikannya bahan gurauan ketika meluangkan masa bersama.

Selanjutnya dapatkan majalah DARA.COM keluaran September 2010 kini di pasaran.