Pada 22 Julai 2010, bertempat di Shah Alam Convention Centre Shah Alam (SACC) satu majlis gilang gemilang telah berlangsung dengan meriahnya bagi meraikan graduasi ke- 14 pelajar-pelajar dari Kumpulan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL). Majlis graduasi kali ini menyaksikan seorang bekas jurutera sebuah syarikat telekomunikasi iaitu Ahmad Dinar Abdul Rashid, 40 tahun mendapat Anugerah Presiden dengan mengekalkan Purata Nilai Gred (CGPA) ‘four fl at’ setiap semester walaupun bekerja sambil belajar.
Ahmad Dinar, yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Hospitaliti-Pelancongan tidak menjadikan usia sebagai halangan, sebaliknya sentiasa memandang jauh dan melihat peluang pemasaran serta ekonomi yang boleh diterokai. Sementara itu penerima Anugerah Presiden S Kasturi, 20 tahun jurusan Diploma Perakaunan menamatkan pengajian dengan Nilai Purata Gred (CGPA) 3.97. Beliau menganggap konsep konsisten dalam mengulang kaji diperlukan bagi mengekalkan keputusan yang cemerlang pada setiap semester.
Majlis graduasi ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Kolej PTPL, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Presiden Kumpulan Kolej PTPL dan MSU, Profesor Datuk Mohd Shukri Ab Yajid. Kemeriahan majlis graduasi PTPL ini turut disertai seramai 2,133 graduan yang masingmasing menerima diploma dan sijil selepas menamatkan pengajian.
Selanjutnya dapatkan majalah DARADOT.COM keluaran September 2010 kini di pasaran.



