Awas, penaja yang Aniff maksudkan bukanlah penaja baju untuk ‘event’, video klip, majlis hari jadi, cover album dan sebagainya. Kisahnya apabila kawan Aniff terserempak dengan artis baru ini di salah sebuah pusat membeli belah dengan penampilan yang menggiurkan! Orangnya pun cantik lagi manja juga mempunyai suara yang boleh tahan sedapnya. Pada mulanya kawan Aniff seronoklah dapat jumpa artis pujaannya dan mereka sempat bertukar-tukar nombor telefon. Tetapi tidak lama selepas itu lain pula ceritanya. Puas kawan Aniff itu menjelaskan bahawa dia tidak berminat untuk menaja artis baru itu. Tetapi artis ini tetap memancing dengan kata-kata manis dan menggoda.
Terkejut memanglah terkejut sebab artis yang Aniff maksudkan ini bukanlah tidak popular atau suam-suam kuku. Katanya ‘show’ memanglah kencang tetapi masih tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan seharian. Aniff sendiri tidak faham kenapa dia perlu mencari keuntungan dan kejayaan dengan sekelip mata. Janganlah jadikan dunia hiburan kita ni lubuk untuk hidup senang dengan mengumpan orang berada.
Apa pula komen korang?