 |
| |
 |
Panel penasihat MIDI sedia menjawab segala kemusykilan anda. Isikan saja butir-butir diri dan persoalan anda di ruang yang telah disediakan.
|
 |
LAILA BINTI JOHARI
KEWANGAN
(Life Member Million Dollar Round Table)
Pengarah Urusan, Life Specialist Financial Planners Sdn Bhd. Beliau berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang berkaitan kewangan dan insuran. Kerap dijemput memberi ceramah motivasi, pandangan tentang pengurusan kewangan.
E-mel: lailajohari@gmail.com |
|
 |
DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
MENITI HARI
Seorang motivator yang menerima anugerah The Outstanding People of the 20th Century dari International Biographical Center, England, Anugerah Belia Negara kategori Inovasi dan Kreatif pada tahun 1999. Memperoleh Ph.D dalam Mass Communication & Letters dari Ansted University, United Kingdom. Beliau juga adalah pengasas formula 3E (Extramind, Extramild & Extramile). Aktif sebagai Pakar Motivasi 3E, kaunselor, novelis, penulis buku dan panelis majalah, TV dan Radio. |
|
 |
DR.RUSINAH SIRON
PERSARAAN SELESA
Pensyarah Senior di Jabatan Sains Pengurusan dan Pemasaran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
dan berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang berkaitan. Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D)
dalam bidang Pentadbiran Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Banyak menulis dalam media cetak
dan terlibat dalam pelbagai kajian serta kerap memberi ceramah motivasi berkaitan pengurusan diri, syarikat, keluarga dan lain-lain.
|
|
 |
DR. ROHAYA RAMLI,
KLINIK CANTIK
MBBS (Malaya)
Doktor Perubatan Keluarga dan Kosmetik serta Pengarah Bakti Healthcare Sdn. Bhd.
Tel/Fax: 03-77261245
E-mel: bakticlinics@yahoo.co.uk |
|
 |
PUAN KAMAAZURA BINTI MD. KAMEL
NASIHAT PERUNDANGAN
Perunding Keluarga & Khidmat Guaman Syarie. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang guaman (sivil dan syariah). Beliau merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). |
|
 |
DR FATIMA NAJLA KM MOHD JAAFAR
ALAM MENOPAUS
Seorang Pakar Sakit Puan dan O&G di Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC). Berkelulusan M.D (UKM), M.MED (O&G) UKM, Dr Fatima memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terlebih dahulu selama lima tahun. Beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai doktor di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) selama tiga tahun. Kini sudah lebih lima tahun beliau berkhidmat di Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC). |
|
 |
PROF MADYA ASMAH BEE MD. NOOR
KAUNSELING
Berkelulusan SMSA (UKM), Diploma Pendidikan (UKM), Masters of Science (Wiscounsin, USA). Bertugas di Jabatan Psikologi dan Kaunseling di Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, UUM, Sintok, Kedah. |
|
 |
KAPTEN RAZNI SHAUNA BTE ABDUL RAZAK
PEGAWAI DIETETIK
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik, UKM. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Dietetik
di salah sebuah syarikat perkhidmatan makanan swasta selama tiga tahun. Kini berkhidmat pula di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. |
|
 |
EN. BAHRIN SAMAH
DUNIA HERBA
Phytotherapis sah diperakui oleh Persatuan Therapi Komplementari Malaysia. Berkelulusan Master Herbalist Diploma (kepujian), Australasian College of Health Sciences, Amerika Syarikat dan juga ahli
American Herbalists Guild serta Ahli Persatuan Delta Epsilon Tau, Chapter Oregon.
E-mel: phytomed_5000@yahoo.com |
|
 |
DALINA ISMAIL
TAFSIR & TADBIR
Principal Consultant, Quin Consult. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Parapsikologi, Minda, Metafizik dan Sufism. |
|
| |
|