Klinik Sihat
Badan cepat lemah
Sejak kebelakangan ini saya sering merasakan badan saya sangat lemah. Adakah ini akibat pembedahan yang saya lakukan ketika melahirkan anak enam tahun yang lepas? Adakah ubat yang sesuai yang dapat saya ambil untuk menyelesaikan masalah saya ini?
Rohaya wan Chik,
Pulau Pinang
JAWAPAN:
Badan terasa lemah tidak mungkin disebabkan oleh pembedahan yang berlaku
enam tahun yang lampau. Seseorang wanita merasa lemah jika dia kurang darah
(anemia). Ini boleh berlaku jika haidnya terlalu banyak. Selain daripada itu, jika
hampir atau sudah putus haid, ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan
puan merasa lemah.
Puan perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lengkap supaya diagnosis
sebenar dapat diketahui dan rawatan yang tepat diberikan. Sementara itu
makanlah multivitamin yang lengkap dengan antioksida iaitu vitamin A,C, E,
Zink, B kompleks, zat besi, asid folik dan kalsium setiap hari. Makan makanan
seimbang dan bersenam 3 ke 5 kali seminggu.
|