Biasan cinta antara dua hati akhirnya terpatri dengan lafas ijab dan kabul. Hati berbunga riang tatkala sah menjadi isteri kepada si suami tercinta. Hantaran diberi tanda kasih dan sayang yang kekal hingga akhir nanti. Gubahan hantaran di kelilingi dengan jambangan bunga mawar merah sangat cantik dan kreatif hasil sentuhan tangan bakal pengantin sendiri.
.
____________________________________________________________
2. Untukmu sayangku
Biru lambang kasih yang suci dan murni. Rona biru juga dipilih dan menjadi tema hantaran Diddy dan Allen. Bingkisan dihantar tanda ikatan suci telah terpatri. Keluarga dan sanak saudara yang datang turut mendoakan agar ikatan perkahwinan antara mereka berdua berkekalan..
______________________________________________________________ 3. Bunga segar pelengkap gaya
Wangi, cantik, dan menarik. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bunga segar yang memikat mata. Umumnya bunga segar ini sering dijadikan bunga tangan untuk menambah seri pengantin baru. Selain menjadi pelengkap gaya di atas pelamin, bunga tangan ini juga menjadi aksesori tambahan untuk sesi fotografi. Bunga ros merah sentiasa menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan dan cantik dipandang mata
Kehebatan sesuatu hidangan tidak hanya tertumpu pada kelazatan rasanya semata-mata, bahkan kreativiti dalam mempersembahkan hidangan tersebut kepada para tetamu turut menjadikan ia unik dan begitu menyelerakan.
______________________________________________________________