Muka Depan
Team e-@siswa
Langganan
Pengiklanan
Maklumbalas
[Fokus] [Kerjaya Pilihan] [Tokoh Ilmuwan] [Panduan @ Siswa] [Siswa]
Isu: 30 | Ogos 09




Salam E@Siswa

Suzanor Teruja Ceburi Dunia Lelaki


Sebelum diberi kepercayaan untuk mengemudikan syarikat kawalan keselamatan ini, Suzanor terlebih dahulu menimba pengalaman dan menjalani kursus yang berkaitan agar dirinya bersedia mental dan fizikal.

Full Force Security Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan. Sekiranya dilihat melalui luarannya, selayaknya ia dikendalikan oleh seorang lelaki, namun perintis syarikat ini adalah seorang wanita berjiwa besar dan tabah, iaitu Puan Hajjah Suidah Ahmad. Kini, legasi itu disambung oleh anak sulungnya, Suzanorlailatul yang telah mengemudikan syarikat kawalan keselamatan ini selama lima tahun sebagai Pengarah Syarikat.

“Saya mempunyai sebuah butik kecantikan ketika ibu menyarankan agar saya menyambung legasi perniagaannya ini. Pada awalnya, saya kurang berkeyakinan untuk menerima pelawaan ibu, namun setelah beberapa lama, saya mulai merasakan bahangnya bekerja di dalam dunia lelaki. Cabarannya besar dan saya puas bekerja,”kata Suzanorlailatul yang mesra disapa sebagai Suzanor. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Full Force Security Services Sdn Bhd adalah pengawal keselamatan bersenjata, pengawal tanpa senjata, pengiring, pengiring dan pengawal peribadi, penyiasat persendirian dan perkhidmatan detektif, peronda bergerak, kawalan keselamatan perumahan dan berbagai lagi.

Timba Ilmu

Sebelum diberi kepercayaan untuk mengemudikan syarikat kawalan keselamatan ini, Suzanor terlebih dahulu menimba pengalaman dan menjalani kursus yang berkaitan agar dirinya bersedia mental dan fizikal. Dia pernah menjadi Penolong Pengawal Keselamatan dan menjadi ahli aktif di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan-badan Perniagaan selama lebih enam tahun.

“Tanpa ilmu dan pengalaman, pasti sukar untuk mentadbir perniagaan yang dipelopori oleh 99 peratus kaum Adam. Tambahan, usia yang masih muda ketika itu, pastinya sukar untuk memperoleh kepercayaan orang mengenai kemampuan kita. Oleh itu, saya bermula dari bawah untuk memperoleh pengalaman dan ilmu,”ujarnya. Sambungnya lagi,”Di Full Force Security Services Sdn Bhd ini kami menyediakan pengawal keselamatan yang terlatih serta berdisiplin dan berusia daripada 18 hingga 55 tahun. Untuk yang melebihi usia 55 tahun, mereka harus mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital menyatakan mereka masih mampu untuk bekerja.”


Ikuti kisah selanjutnya dalam e@siswa edisi Sept 2010