Muka Depan
Team e-@siswa
Langganan
Pengiklanan
Maklumbalas
[Fokus] [Kerjaya Pilihan] [Tokoh Ilmuwan] [Panduan @ Siswa] [Siswa]
Isu: 30 | Ogos 09




Salam E@Siswa

Kesalahan Umum Tatabahasa

Susah jadikan kesalahan ini suatu perkara yang ringan kerana Cikgu bimbang anda akan mempunyai kebiasaan bertutur dan menulis dengan tatabahasa yang salah.

Para pembaca yang budiman, dalam keluaran kali ini, Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang kesalahan umum tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar. Walaupun kesalahan-kesalahan itu kecil seperti kesalahan penggunaan kata sendi, tersalah ejaan, dan melanggar hukumhukum yang telah ditetapkan, tetapi pelajar masih melakukan kesalahan tersebut.

Cikgu melihat kesilapan ini boleh menyebabkan pengurangan markah yang agak besar kerana telah diketahui bahawa sistem pemarkahan karangan adalah secara impresi. Maknanya, setiap kali kesalahan tatabahasa dilakukan, perkataan itu akan di garis sehingga terlalu banyak warna merah yang dilakarkan bererti karangan anda pada tahap ‘bahaya’.

Berdasarkan pengalaman Cikgu mengajar, Cikgu dapat mengenal pasti ada empat kesalahan utama yang sering kali dilakukan oleh para pelajar ketika menulis iaitu :

a.Kesalahan ejaan
b.Kesalahan penggunaan kata dan frasa
c.Kesalahan meletakkan imbuhan
d.Kesalahan ayat

Kesalahan Penggunaan Kata dan Frasa

Kata Ganti Diri

1.Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2.Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang.
3.Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

Contoh :
Akmal dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Akmal dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
Kasut ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Itali. ( betul )
Kucing ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Kucing ini sakit. Kucing ini perlu dirawat. ( betul )

Dapatkan esiswa September untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kesalahan Umum Tatabahasa.