MUKA DEPAN | TEAM | LANGGANAN | PENGIKLANAN | MAKLUMBALAS
     

Mardiana Abdul Rahim
“Saya Pernah Terapung di Laut...”

Gadis cilik bernama Mardiana Abdul Rahim baru berusia sembilan tahun, tetapi bakatnya dalam sukan renang sudah mula menyerlah. Mengikut kata guru sekolahnya, Mardiana yang berada dalam kelas cemerlang sering mendapat markah yang tinggi untuk setiap mata pelajaran.

Bagaimanakah Mardiana boleh terlibat dalam sukan renang?

Saya mula menceburi sukan ini semasa berumur lima tahun. Ketika itu, saya menghidap penyakit asma dan atas nasihat doktor saya digalakkan untuk berenang. Saya diberitahu bahawa berenang dapat menguatkan paru-paru. Dalam beberapa bulan aktif dalam renang,penyakit saya semakin berkurangan dan kini saya sudah bebas daripada penyakit asma. Sejak itu saya mula berenang dan berlatih untuk pertandingan renang MSSM dan Sukan Melaka.

Siapakah yang melatih Mardiana sehingga mencapai ke tahap ini?

Saya dilatih oleh Abang Izra Khan yang sudah lima tahun berkecimpung dalam sukan renang. Abang Iz juga merupakan orang yang mengajar saya caracara untuk berenang ketika saya mula berjinak-jinak dalam sukan ini. Selain itu, abang dan kakak saya juga terlibat dalam sukan ini. Kami sentiasa menjalani latihan bersama-sama. Saya juga mendapat sokongan penuh daripada ibu dan bapa.

Apakah kriteria yang diperlukan oleh seorang perenang?

Seorang perenang perlu mendisiplinkan dirinya dan mempunyai kesungguhan untuk berjaya. Pada pendapat saya juga, kita perlulah mempunyai komitmen yang tinggi apabila melakukan sesuatu perkara.

Bolehkah dikongsi bersama pengalaman manis Mardiana dalam sukan renang?

Pengalaman manis saya adalah apabila saya berjaya menghabiskan renangan sejauh 17.4 kilometer daripada Kuala Mas ke Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Ini seterusnya membuatkan saya mencipta rekod sebagai perenang termuda berenang secara solo untuk jarak yang paling jauh. Walaupun saya mengambil masa selama tujuh jam 30 minit untuk tiba ke destinasi, namun saya telah membuktikan bahawa saiz badan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.



Ikuti kisah seterusnya dalam e-baca Julai ini.



Farhana Zulkifli
Tokoh Doktor Muda Pulau Pinang 2008


Nor Farhana Zulkifli merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai bidang. Sejak berada di tadika lagi, Farhana telah menunjukkan minat mendeklamasikan sajak dan bercerita. Minat Farhana semakin bercambah apabila dia melihat kesungguhan (earnestness) ibunya yang merupakan seorang guru sekolah melatih pelajar lain untuk menceburi bidang ini. Sejak itu, Farhana semakin aktif bercerita, bersajak dan berpidato.

Farhana juga mempunyai bakat lakonan yang membantu dirinya untuk memberi persembahan terbaik ketika bercerita. Bagi Farhana menyertai bidang ini dapat melatih mindanya untuk menghafal (memorize) dengan baik. Farhana mahu mindanya sentiasa bergerak dan berfikir dengan spontan bagi melahirkan otak yang cergas. Walaupun dia banyak memegang jawatan penting di sekolahnya, namun Farhana tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

Dia juga merupakan seorang pelajar yang sangat menghargai masa. Farhana menggunakan masa luangnya dengan baik bagi membaca buku atau mengulang kaji pelajaran. Menurutnya, tumpuan (focus) yang penuh di dalam kelas dan kelas tuisyen membuatkan dirinya memahami sesuatu subjek dengan mudah. Farhana juga akan membaca buku ketika menunggu bas bagi mengelakkan masanya terbuang begitu saja. Itu adalah rahsia kejayaan Farhana dalam pelajaran. Farhana sangat bertuah kerana guru-guru di sekolahnya sering memberikan tunjuk ajar kepadanya. Dia mendapat bantuan daripada Cikgu Syed dan Cikgu Norezan untuk melatihnya (trained) bercerita, bersajak dan berpidato. Farhana juga mendapat dorongan (actuation) yang hebat daripada keluarganya, guru-guru dan rakan-rakan baiknya. Dia mahu mencapai kejayaan sebagaimana ibu dan bapanya.

Selain itu, Farhana yang juga merupakan olahragawati sekolahnya cukup aktif bersukan. Farhana banyak melibatkan diri dalam sukan bola jaring, bola baling, larian berpagar dan acara lumba lari. Farhana juga mendapat bimbingan dalam bidang sukan daripada guru-guru di sekolahnya. Bagi Farhana, latihan yang konsisten akan memberikan peluang kepadanya agar kekal cemerlang dalam setiap bidang yang diceburinya. Farhana juga sering memberikan komitmen yang penuh setiap kali melakukan sesuatu. Kesungguhan dan azam (determination) yang tinggi merupakan kunci kejayaan buat dirinya.

Farhana juga ingin menimba ilmu selagi dirinya berdaya untuk terus belajar. Dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh sebaik-baik sahaja selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Dia juga berazam untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi di luar negara. Farhana juga mahu membina keyakinan dirinya agar sentiasa tampil yakin (confident) di khalayak ramai.


Ikuti kisah seterusnya dalam e-baca Julai ini.



 

SK Paya Rumput
Sekolah Cemerlang Luar Bandar


Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Rakyat Paya Rumput. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Melayu Paya Rumput. Pada tahun 1988, satu bangunan empat tingkat telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Beberapa tahun kemudiannya, sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina dan infrastruktur sekolah ini terus dibangunkan. Kini, sekolah ini mempunyai empat blok bangunan yang dilengkapi dengan semua kemudahan (amenity) asas yang setara dengan keperluan sesebuah sekolah.

Sejak sekolah ini dibina, seramai 23 orang guru besar telah ditempatkan di sekolah ini. Namun sekolah ini terus mengorak langkah bagi mencapai kejayaan. Pelbagai usaha dijalankan sehinggalah sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang (excellent). Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berjaya membuktikan bahawa walaupun sekolah ini terletak di luar kawasan bandar, namun pendidikan tetap diutamakan. Sekolah ini juga agak unik kerana didirikan dua di tapak yang berlainan. Bangunan sekolahnya terpisah bagaikan sekolah yang lain namun berada di bawah satu pentadbiran (management) yang sama. Sekolah ini juga dikelilingi oleh dua buah sekolah lain iaitu sekolah tamil dan sekolah cina.

Menariknya sekolah ini bukan sahaja mempunyai aliran perdana, namun terdapat juga kelas intevensi bagi pelajarnya yang lemah. Kelas ini memberi peluang kepada pelajarnya untuk memulihkan pelajaran mereka. Terdapat juga Kelas Pendidikan Khas bagi pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran selain dua buah kelas pra-sekolah. Selain itu, sekolah ini sering menganjurkan kelas-kelas tambahan secara percuma kepada para pelajarnya. Ternyata sekolah ini sangat mengambil berat tentang kejayaan anak-anak didiknya. Nama Sekolah Kebangsaan Paya Rumput kini semakin menyerlah sejak tahun 1998. Ini kerana para pelajarnya dapat mengekalkan (perpetuate) pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah ditahap cemerlang dan membanggakan. Malah pada tahun 2005, pencapaian sekolah ini berada di tahap yang gemilang.


Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan e-baca keluaran Julai di kedai yang berhampiran.





Kuiz Hebat


E-baca & WALL.E Contest
 


Pilihan Nama Bayi

Hakcipta Terpelihara. © 2007 Kumpulan Karangkraf.
Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.