MUKA DEPAN | TEAM | LANGGANAN | PENGIKLANAN | MAKLUMBALAS
     

Syukri kembangkan bakat dalam perahu layar

Ahmad Syukri Abdul Aziz, pelajar tahun enam SK Batu Laut ini boleh dikatakan sebagai salah satu nama besar di dalam arena sukan perahu layar ini. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Syukri atau Kiki mula berkecimpung (involved) di dalam sukan ini sejak kecil lagi.

Pada awalnya, penglibatannya bersama kakaknya, Intan Syahira Abdul Aziz hanya sekadar mengisi masa lapang sebagai sebahagian daripada aktiviti harian. Namun, lama-kelamaan bakatnya mula terserlah. Lantas, ibu bapanya mengambil keputusan (decision) untuk mendedahkan Syukri kepada pertandingan agar bakatnya boleh dicungkil sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ternyata, telahan mereka benar sama sekali. Hari demi hari, Syukri semakin memperlihatkan kehebatan dirinya setelah acap kali menyandang kejuaraan di dalam banyak pertandingan besar.

Ikuti kisah seterusnya dalam e-baca Februari ini.






Jasmin Sentiasa Yakin Pada Diri

Ramai yang beranggapan bahawa seni mempertahankan diri merupakan sukan yang hanya sesuai untuk golongan lelaki. Namun tidak pada Jasmin Nabilla Sukardi yang telah menyertai sukan tae kwan do sejak tiga tahun yang lalu. Jasmin pada mulanya sekadar mengikut jejak langkah kakaknya untuk menceburi bidang ini. Tetapi minatnya kian bercambah apabila Jasmin cuba untuk terlibat dalam acara sparring.

Jasmin bertuah kerana mendapat dorongan daripada ibu dan bapanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. Usaha gigih Jasmin dalam bidang ini akhirnya membuahkan hasil apabila dia mendapat tali pinggang hitam dalam tae kwan do pada Julai 2006.

Menurut Jasmin, seni mempertahankan diri bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh tetapi boleh melindungi keselamatan diri. Jasmin yang juga aktif dalam beberapa acara sukan di sekolahnya, seperti lompat pagar, larian 100m, larian 4 x 200m dan merupakan seorang pelajar yang rajin berusaha.


 

Pusat Sumber SK Taman Kosas
Sering Menang Anugerah

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas yang ditubuhkan pada 15 Jun 1992 merupakan sebuah sekolah yang cukup sinonim dengan pusat sumbernya. Sejak tahun 1996, pusat sumber sekolah ini mendapat pelbagai anugerah (award) setiap tahun tidak kira di peringkat daerah, kebangsaan mahupun negeri.

Pusat sumbernya yang terbahagi kepada empat unit iaitu Unit Alat Pandang Dengar, Unit Bahan Bantu Belajar, Unit Perpustakaan dan Unit ICT memberi banyak faedah (benefit) kepada para pelajar dan guru di sekolah ini. Selain daripada memudahkan sesi pembelajaran, cara pengajaran guru turut dititikberatkan. Unit Bahan Bantu Belajar menyediakan pelbagai kemudahan (amenity) untuk guru-guru mempelbagaikan cara pengajaran mereka.


Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan e-baca keluaran Februari di kedai yang berhampiran.

 





Kuiz Hebat Siri 2


Peraduan Cantum dan Menang

Peraduan Gunting dan Tampal

 

 


Majalah Keibubapaan No 1 Malaysia

Hakcipta Terpelihara. © 2007 Kumpulan Karangkraf.
Bahan-bahan di laman web ini adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Sebarang bentuk penyalinan, siaran, cetakan semula artikel dan gambar untuk kegunaan komersil adalah dilarang.