Penataan bagi kamar tidur sememangnya begitu penting apatah lagi untuk kamar Raja Sehari. Dekorasi kamar pengantin yang sering diaplikasikan dengan pelbagai konsep dianggap penting walaupun ia hanya bertahan untuk beberapa hari sahaja. Namun begitu ilham kontemporari masih boleh diguna pakai dalam tata hias kamar seharian.