Memang mudah! Laman web makeownringtone.com menawarkan servis menyunting lagu, MP3 atau apa jua format muzik digital untuk dijadikan nada dering dalam beberapa langkah mudah. Meskipun dari segi rekaan laman web ini kelihatan ringkas, namun yang pastinya kandungan atau servis yang ditawarkan 'boleh tahan' dan berguna. Bolehlah anda edit lagu-lagu kegemaran dan jadikan ia nada dering eksklusif anda sendiri.
>> Seterusnya
\\ Mahir IT
Aplikasi RSS sokong jaringan sosial?
Ancaman internet – hari ini serangan virus, spyware, cecacing, trojan, rootkit, dan penggodam menjadi sebahagian daripada ancaman siber yang perlu dihadapi pengguna internet. Perisian jahat atau malware ini biasanya menular melalui internet. Penggodam misalnya boleh mencuri data bernilai melalui tapak web palsu. Sementara e-mel yang tidak diundang mungkin meminta anda mendedahkan data peribadi. Ini jelas menunjukkan PC yang ada internet lebih terdedah kepada ancaman sekiranya tidak dilindungi.
>> Seterusnya
\\ Multimedia
GTR Evolution – evolusi yang hebat
Permainan perlumbaan GT ini adalah antara yang tercantik. Permainan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta berkuasa tinggi dan eksotik. GTR Evolution telah memuatkan litar terulung di Eropah iaitu litar Nürburgring Nordschleife di Jerman dengan jarak kira-kira 20.8 km panjang.
Dalam GTR Evolution terdapat versi penuh RACE 07 – permainan rasmi WTCC 2006 dan 2007 yang memuatkan segala litar dan kereta yang digunakan dalam permainan itu. Lebih 49 kereta yang unik dalam 12 kelas kereta dengan 500 variasi pilihan.>> Seterusnya
\\ Info IT
Wireless-G Notebook Adapter - WPC54G
Wireless-G adalah piawai rangkaian tanpa wayar 54Mbps yang berkelajuan lima kali ganda daripada Wireless-B (802.11b) yag biasa digunakan di rumah, pejabat atau hotspot. Namun kedua-duanya berkongsi frekuensi radio 2.4GHz yang membolehkan peranti Wireless-G digunakan bersama peranti 11Mbps Wireless-B.
Wireless-G Notebook Adapter dari Linksys ini boleh digunakan dalam suasana Wireless-B atau rangkaian Wireless-G. Setup Wizard akan memudahkan anda memasang kad ini pada komputer anda dan seterusnya digunakan dalam rangkaian anda.
>> Seterusnya
\\ Fokus
Produk 2009 – lebih inovatif dan lebih menarik
Tahun lalu pihak MPC telah meramalkan kehadiran kamera digital 10 MP dalam harga yang serupa dengan kamera digital 8MP pada tahun 2008. Nampaknya ia menjadi kenyataan dan di pasaran kini banyak terdapat kamera yang memberikan 10 MP dengan harga dari RM699 ke atas. Ada beberapa produk yang kami ramal akan berada di pasaran pada 2007 kini telah berada di pasaran dan ada juga yang masih dalam pembinaan. Antaranya pelancaran WiMAX, kad SD dan mikroSD, pemproses Dual Core & ATOM, kemunculan Netbook & Nettop, storan HDD lebih kecil dan kehadiran lebih banyak SPAM & Malware. >> Seterusnya