Cannergy
   

Penghias Muka Depan
Diana Danielle Tidak Takut Hilang Seri


Lapan tahun dahulu, beliau melakonkan watak sebagai anak kepada Norman Hakim dalam filem ‘Idola’. Namun, waktu berlari begitu pantas sekali. Kini beliau digandingkan sekali lagi bersama Norman Hakim tetapi bukan sebagai anak atau adik, tetapi pasangan kekasih dalam ‘Air Mata Maria’.

Diana Danielle Danny Beeson, gadis pilihan Pesona Pengantin untuk penghias muka depan edisi ini merupakan pelakon wanita Malaysia yang kian mengukir nama dalam dunia seni. Raut wajah kacukan, persis mutiara sering mucul di kaca televisyen bukan sahaja dalam layar perak tetapi juga dalam iklan-iklan televisyen. Meskipun masih di bangku sekolah, gadis sunti ini cukup dewasa pemikirannya di mana biar pun belum bertunang mahu pun menikah tetapi dia tidak merasa takut hilang seri kala betul-betul menikah dan bersanding nanti biarpun menggayakan persalinan pengantin untuk sesi foto bersama Pesona Pengantin.

Walaupun baru berusia 17 tahun dan sedang menikmati alam remaja, namun bakat dan kematangan yang ada pada dirinya menambat hati pengarah-pengarah di Malaysia. Namun, gelojak jiwa remaja juga tidak dapat lari dari perasaan cinta. Apatah lagi, apabila Diana sering dikaitkan dengan ‘seseorang’ itu.

Ikuti rahsia cinta dan impian perkahwinan Diana Danielle di dalam PESONA PENGANTIN edisi Julai 2008.

_______________________________________________________________


Promosi


Abadikan kenangan indah bersejarah di hari perkahwinan di majalah kesayangan anda ini. Paparkan kreativiti dan kelainan pada gambar anda berserta madah cinta yang romantis. selanjutnya