Cinta membuat kita bahagia, kerana cinta juga sebahagian dari kehidupan manusia. Memang penuh dugaan bagi pasangan yang bercinta. Kerana cinta itu ibarat seluas lautan yang harus diharungi. Begitulah jua cinta dua insan, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim.
Untungnya mempunyai kekasih hati dari bidang yang sama. Meskipun ramai yang berpendapat cabaran yang perlu ditempuh cukup besar, tetapi jika dilihat dari aspek positif, kedua-duanya boleh saling bantumembantu terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan bidang seni. Walaupun keduanya, masingmasing tidak gemar bercerita secara terbuka tentang hubungan mereka, tetapi umum sudah mampu meneka sejauh mana hubungan yang terjalin. Apapun, akui pelakon kelahiran Petaling Jaya ini, dia cukup senang mendampingi Ashraf yang telah dikenalinya sejak dua tahun yang lalu dan disifatkannya cukup senang dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap karier seninya.
Sejak itu, mereka mula rapat dan hubungan mereka semakin akrab dari hari ke hari. Bermula dengan peranan sokongan dalam drama bersiri, Dunia Baru kini sudah tujuh drama dibintanginya termasuk Elly, Cinta Tak Bertepi, Jelatang, Renjis dan Gaia. Sherry juga membintangi filem Malaikat Maut yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Menyentuh mengenai watak katanya, tidak semua tawaran itu diterima kerana mahu mengelak daripada sering memainkan peranan stereotaip.
“Jadi saya perlu bijak memilih. Dalam kedudukan yang masih belum kukuh, siapa saya untuk terlalu memilih,” ujarnya. Melihat kepada graf prestasi kariernya yang semakin memuncak itu, Sherry nekad tidak mahu lagi memandang enteng terhadap bidang tersebut, tidak seperti dia ketika dia mula-mula menceburi dunia seni itu.
“Apa saja mengenai lakonan yang saya tidak pasti, saya akan bertanya pada Ashraf. Lagipun dia seorang yang ‘cepat’ memahami tentang watak. Lihat saja pencapaian seninya yangbegitu pantas naik,” kata Sherry.
Meskipun begitu, ditanya perancangan lanjut hubungan mereka, Sherry sambil tersenyum lantas menjawab, “Saya tak mahu mengulas panjang tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya memang rapat dengan dia. Malah saya rapat dengan dia pun bukannya kerana popularitinya. Ketika saya kenal diri dia dua tahun yang lalu, saya memang langsung tidak perasan dia adalah seorang pelakon dan model. Berbicara mengenai Ashraf pula, ikatan kasih mereka jelas kelihatan dan mereka senang bersama. Melalui Renjis, Ashraf membawakan watak Kelana, jejaka yang gila-gila.
Dan kegilaan itu membuatkan Ashraf senang dengan pihak produksi dan menganggap drama ini menarik kerana konsepnya. Sherry Ibrahim juga merupakan tulang belakang bagi drama yang disiarkan di Astro Ria pukul 9.30 malam pada setiap Rabu. Drama yang berlatarbelakangkan kisah perkahwinan ini turut membuatkan Ashraf melayangkan fikirannya tentang perkahwinan yang suatu hari nanti bakal direalitikan.
“Saya idamkan perkahwinan yang sederhana. Saya tidak mahu buat besar-besaran. Cukup ia cantik dalam keadaan santai.” ujarnya. Apabila diajukan pertanyaan yang sama, kepada Sherry impian perkahwinanyan juga berkonsepkan santai ala taman bertemakan warna putih dan merah jambu.
Kita ikuti kisah menarik mereka ini yang dikongsi bersama Pesona Pengantin.