Waktu memasak: 35 minit
Saiz hidangan: 4 orang
 
 
BAHAN A:
  • 1/2 ekor ayam | dibersihkan, lalu digoreng separuh masak
 
BAHAN B:
  • 3 ulas bawang besar | dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih | dititik sedikit
  • 2 tangkai cili merah | dihiris
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3cm halia | dihiris halus
  • Kicap manis secukup rasa
  • 2 biji tomato | dihiris
 
BAHAN C:
  • Minyak untuk menggoreng ayam secukupnya
 
BAHAN D:
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
 
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan cili merah. Tumis sehingga kekuning-kuningan.
3. Masukkan kicap manis dan kacau sebati. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan tomato. Kacau rata dan angkat.
5. Sedia dihidangkan.