KUALA LUMPUR - Gara-gara dapur terbakar, dua unit kediaman di Blok C 13 Taman Melati di sini terjejas dalam kejadian kira-kira 4.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan bahagian dapur sebuah unit di tingkat tiga blok berkenaan.

“Akibat kebakaran itu, api turut merebak ke tingkat atas  dan operasi pemadaman menggunakan satu  aliran salur bantu mula air pam jentera sehingga api padam sepenuhnya. Api berjaya dikawal pada jam 5.17 petang dan operasi tamat Pada jam 6.16 petang.

“Kebakaran melibatkan 30 peratus, tiada mangsa yang terperangkap dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.