KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa mengambil tindakan segera terhadap Parti Bersatu berhubung salah lakunya termasuk status mesyuarat agung tahunannya yang meragukan.

Ketua Penyelaras Pemuda Bersatu Pahang, Raja Mohd Azlan Mohd Omar berkata, pihaknya masih keliru kerana sehingga kini ROS masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti itu walaupun lebih 400 laporan dibuat akar umbi mengenai salah lakunya.

Menurutnya, laporan kepada ROS mengenai salah laku parti berkaitan penggunaan nama Armada (sayap pemuda Bersatu) dan mesyuarat agung tahunannya sudah dihantar namun tiada jawapan sehingga kini.

“Kami bersetuju menyertai perhimpunan di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya pada 22 Februari depan untuk mendapat jawapan konkrit daripada pihak berkuasa itu... kita mahu tahu sama ada laku atau tidak aduan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Pemuda Bersatu Kuantan, Mohd Asyraf Muhammad Asri dan Pemangku Ketua Pemuda Bersatu Temerloh, Sharipul Mohd Sharip,