• Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming (tengah) bersama pengurusan lain pada majlis pelancaran edisi terhad 7-Eleven Malaysia, Hello Kitty Charms Collection di Berjaya Times Square. Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming (tengah) bersama pengurusan lain pada majlis pelancaran edisi terhad 7-Eleven Malaysia, Hello Kitty Charms Collection di Berjaya Times Square.
1 /

KEDAI serbaneka 7-Eleven Malaysia menjalinkan kerjasama bersama TCC & Sanrio dengan memperkenalkan permainan kanak-kanak Hello Kitty di kesemua  kedai 7-Eleven seluruh negara bermula 1 Julai hingga 8 September ini.

Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming menjangkakan kerjasama antara kedai serbanekanya bersama TCC & Sanrio bakal meningkatkan jualan dan keuntungan bagi kedua belah pihak kerana populariti yang ada pada watak kucing terkenal itu kini menjadi kegemaran khususnya kanak-kanak.

“Ini adalah kali pertama  7-Eleven Malaysia menjalinkan kerjasama seperti ini.

“Kami senang memperkenalkan  watak kartun Hello Kitty di kedai 7-Eleven dan berharap ia akan lebih mengukuhkan hubungan kami dengan pelanggan di samping meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka,” katanya pada pelancaran “Hello Kitty Charms Collection” di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga melancarkan pertandingan mengumpul barangan Hello Kitty pada setiap pembelian di kedai tersebut.

“Pelanggan berpeluang menyertai pertandingan dengan mengumpul 20 Hello Kitty dalam pelbagai reka bentuk di mana satu kempen pelekat akan diberi pada setiap pembelian RM5.

"Setelah cukup 20 pelekat Hello Kitty yang di kumpul, pelanggan boleh mendapatkan barangan kartun tersebut secara percuma,” katanya.

Sempena pelancaran juga, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pertunjukan fesyen, lukisan serta pertandingan Pop-Kuiz.