ISTERI penyanyi Opick mendedahkan bahawa dia telah bercerai dengan penyanyi lagu ketuhanan tersebut sejak hampir setahun yang lalu.

Menurutnya, jika mengikut syarak agama, mereka sudah bercerai hampir setahun lalu cuma sekarang ia perlu disahkan di jabatan agama sahaja.

"Kami sudah tidak tinggal serumah. Ya, yang terbaik sahaja," kata Dian Rositaningrum ringkas seperti dipetik dalam portal Kapanlagi.com

Dian yang telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dengan Opick turut menegaskan bahawa dia tidak akan memberitahu punca perceraian mereka kepada umum.

"Puncanya biarlah antara saya dan Opick sahaja yang mengetahuinya," ujar Dian lagi.

Dian telah membuat permohonan sah cerai di mahkamah pada 5 Februari lalu.

Opick telah berkahwin kali kedua secara rahsia awal tahun lalu.