PAMERAN Jepun Expo Malaysia 2018 (JEMY 2018) sekali lagi memeriahkan gedung membeli-belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur pada tahun ini, dengan mengumpul budaya ikonik Jepun, muzik, anime , seni, fesyen, makanan, perjalanan dan hiburan langsung dalam acara All-Japan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kali ini, JEMY 2018 mempamerkan pameran Jepun berkonsep lebih berani, lebih segar dan lebih menarik, setanding JEMY 2017.

JEMY 2018 telah dilancarkan secara rasmi oleh Penasihat Menteri, Timbalan Ketua Misi ke Kedutaan Jepun di Malaysia, Hiroyuki Orikasa; Presiden G-Yu Creative, penganjur JEMY 2018, Yupharet Eakturapakal dan  Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Pavilion Kuala Lumpur, Datuk Joyce Yap.

Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai berkata, pihaknya sangat gembira menjadi tuan rumah sekali lagi untuk Jepun Expo Malaysia 2018 (JEMY 2018).

“Sebagai sebahagian daripada Lawatan Pavilion 2018, pengunjung telah dipersembahkan dengan persembahan  menarik bagi merasai pengalaman dan  budaya Jepun.

"Dalam masa sama, pameran ini turut meraikan ulang tahun ketujuh Tokyo Street," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif G-Yu Creative, Yupharet Eakturapakal berkata, Japan Expo Malaysia menyatukan budaya Jepun yang terbaik, bermula dengan produk berkualiti hingga ke trend terkini termasuk makanan unik yang dihumpunkan di bawah satu bumbung bagi rakyat Malaysia.

 JEMY 2018 menyaksikan lebih daripada 120,000 pengunjung memeriahkan acara.