IPOH - Kongres Kesatuan India Muslim Malaysia (Kimma) memohon sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun pada PRU14, kelak.

Bagaimanapun menurut Syed Ibrahim, pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang keputusan berhubung permohonan berkenaan.

"Setelah 40 tahun ditubuhkan, kita rasa sudah tiba masanya untuk kita untuk mohon satu kerusi Parlimen dan juga satu kerusi Dun pada pilihan raya akan datang.

"Namun ia terpulang kepada Perdana Menteri. Kita juga tidak  mendesak beliau dalam hal (permohonan) ini," katanya kepada Sinar Harian.

Syed Ibrahim berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU 14 dipejabat Kimma negeri, hari ini.