JENAMA biskut tempatan nombor satu di Malaysia, Munchy’s melancarkan produk terbaharu Munchy’s Choc-O.

Ketua Pegawai Eksekutif, MunchWorld Marketing Sdn Bhd Rodney Wong berkata, Munchy’s Choc-O ialah inovasi terkini yang menampilkan biskut cip coklat ranggup dengan permukaan jejalur krim coklat yang lazat.

Biskut cip coklat bersaiz satu gigitan bakal memenuhi cita rasa pengguna yang inginkan kenikmatan melalui kerangupan yang lazat dan teksturnya yang cair di dalam mulut.

“Di Munchy’s kami tidak pernah berhenti memuaskan hati pengguna dengan menawarkan produk yang sesuai untuk semua peringkat umur.

“Kami sentiasa mencipta produk-produk inovatif dengan cara paling mudah dan mampu dimiliki tanpa menjejaskan rasa dan ramuannya,” katanya pada majlis pelancaran Munchy’s Choc-O, hari ini.

Katanya, pelancaran Munchy’s Choc-O membuktikan jenama yang inovatif dan memenuhi gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah.

“Munchy’s Choc-O disediakan dalam tiga perasa berbeza iaitu original coklat, lebih coklat dan campuran kekacang. Dan ia boleh didapati di seluruh kedai runcit serta pasa raya besar di seluruh negara.

“Ia juga didatangkan dalam tiga pek saiz berbeza iaitu 78 gram, 125 gram dan 235 gram pada harga serendah RM2.30,” katanya.

Lebih 25 tahun, Munchy’s telah mencipta saat-saat yang lazat dan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai biskut dan snek pada harga berpatutan.

Produk Munchy’s boleh didapati di pelbagai kedai runcit di seluruh negara dan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.