• Wacana 22
1 /

BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-22 yang berjudul Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: Apa Untuk Malaysia.

Panelis khas dibawakan secara eksklusif oleh Sinar Harian untuk mengupas topik ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar.

Sementara itu, moderator yang akan mengendalikan program ialah Pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Wacana dijangka akan bermula jam 2.30 hingga jam 4.00 petang dan kehadiran hanya atas undangan rasmi sahaja.

Pembaca Sinar Harian boleh mengikuti perkembangan Wacana ini melalui Twitter Sinar Online ataupun mobtv.my.

- Penonton wacana mula memenuhi Auditorium bermula jam 2.20 petang.

- Mustapa dan Mohd Nizam sudah mengambil tempat di atas pentas.

- Wacana Sinar siri ke-22 Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: Apa Untuk Malaysia baru sahaja bermula.

- Wacana dimulakan dengan panelis pertama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed


Moderator: Selama ini kita hanya fokus kepada isu-isu nasional seperti PRU atau perpaduan Melayu.

Tetapi kali ini pandangan kita dialih dengan isu antarabangsa iaitu Perjanjian Perdagangan Antarabangsa.

Walaupun ia isu antarabangsa, ia tetap mempengaruhi diri kita sehingga boleh menimbulkan persoalan.

Apakah dengan kerumitan yang ada tentang TPPA itu rakyat akan jahil? Apakah yang membuatkan kerajaan merahsiakan?

Mustapa: Satu koukus telah ditubuhkan di Parlimen. Ia diwakili tujuh anggota iaitu empat daripadanya BN dan tiga lagi PR.

Mustapa: TPP tidak sama dengan FTA. Ia lebih meluas.

Mustapa: Kerajaan sudah mengadakan banyak konsultansi dengan wakil-wakil NGO, BN, PR dan ia akan meneruskannya.

Mustapa: Kerajaan tidak pernah menyorokkan TPP

Mustapa: Itu hanya persepsi sedangkan banyak maklumat telah diberikan menerusi akhbar, TV dan pertemuan.

Mustapa: Pertemuan tersebut termasuk MTEM dan siri pertemuan dengan NGO lain turut dilakukan.

Mustapa: 3 parameter yang diberi penekanan dalam menjalankan rundingan iaitu perlembagaan dan undang-undang, hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat serta dasar negara yang penting seperti Dasar Bumiputera.

Mustapa: Pandangan yang diberikan berasaskan konsultasi dan tiada satu yang muktamad

Moderator: Apakah persiapan itu mencukupi?

Moderator: Pada masa sama kerisauan meningkat bukan sekadar hanya harga ubat atau harga paten tetapi GLC, kapital negeri yang semakin menunjangi?

Moderator: Sejauh mana persiapan ini dapat menangani masalah itu?

Mohd Nizam : Isu TPP sangat penting. Jadi kita sebut perjanjian satu tsunami ekonomi akan melanda Malaysia dalam masa terdekat.

Mohd Nizam : Perjanjian ini bukan sahaja soal perdagangan tetapi termasuk isu kesihatan dan alam sekitar.

Mohd Nizam : MTEM menafikan ada perundingan berlaku bersama Miti mengenai isu TPP tetapi hanya satu pertemuan secara umum.

Mohd Nizam : Kerisauan kita perjanjian TPP ini harus diteliti mengenai kesannya.

Mohd Nizam : Tunjukkan kos manfaat kepada kita, apa bakal Malaysia terima dari perjanjian itu.

Mohd Nizam : Tunjukkan kajian impak ekonomi dan perundangan.

Mohd Nizam : Kerajaan harus lihat lebih meluas.

Mohd Nizam : Penjelasan dari Miti penting, jangan hanya sebut 'trust me' tetapi bagi jaminan kosong.

Mohd Nizam : Itu yang kita sangat takut.

Mohd Nizam : Andai kata TPP dilaksanakan, adakah undang-undang negeri terpaksa diubah dan diselaraskan?

Mohd Nizam : Perundingan dengan Miti adalah supaya ,masyarakat kita terjamin

Moderator : Ada atau tidak tuntutan agar perincian dibuat?

Moderator: Misalnya harga ubat atau soal paten?

Moderator: Memang rumit difahami tetapi perlu diambil tahu.

Moderator: Rakyat semakin mendahului. Apakah Datuk Seri rasa persiapan, persediaan, brainstorming masih jauh dari yang sepatutnya?


Mustapa: Saya sudah sebut tadi ada 3 parameter. Takkan kita nak pinda perlembagaan, bukan senang.

Mustapa: Yang kedua, hubungan dengan kerajaan negeri, kerajaan negeri juga ada kuasa.

Mustapa: Kita ada undang-undang. Jika sekolah AS masuk, ia memang menimbulkan ketakutan.

Mustapa: Saya faham, ia akan bawa ke meja perundingan

Mustapa: Negara kita terbuka seperti Pulau Pinang.

Mustapa: Ia mengamalkan perniagaan bebas, seperti Hong Kong, ia bebas mereka berjaya ada jurang pendapatan yang besar.

Mustapa: Malaysia ambil ciri-ciri dari Melaka. Melaka bebas boleh berdagang.

Mustapa: Malaysia negara "the most trade economic world"--kita ni berdagang walaupun kita ada getah.

Mustapa: Sebagai negara ketiga sedang membangun di belakang Hong Kong dan Singapura, kerajaan akan terus menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersikap terbuka.

Mustapa: Soal halal perkara penting dan dipertahankan. Kita tetap bertegas dan tidak akan berkompromi.

Mustapa: Soal "time frame" adalah target penting untuk pengurusan masa.

Mustapa: Belum tentu ia akan dilaksanakan tetapi kita tidak akan mengorbankan kepentingan negara.

Mustapa: Kerajaan juga tidak akan membebankan negara jika TPP dicapai.

Mustapa: Tiada jaminan kesan negatif berlaku kerana setiap apa yang berlaku pasti ada kesan negatif.

Mustapa: GLC penting kepada negara, seperti Petronas dan Khazanah Nasional.

Mustapa: Takkan kita mahukan GLC yang banyak memberikan sumbangan lingkup.

Mustapa: Perbincangan ini penting, setelah dengar kuatkan semangat kita berjuang untuk kepentingan negara.

Moderator : Apakah persiapan itu mencukupi?

Moderator : Kerisaun itu meluas kerana terkandung kedaulatan negara, GLC, anak syarikat negeri yang telah ditunjangi ekonomi beberapa negeri.

Moderator : Sejauhmanakah persiapan itu dapat berhadapan dengan pertembungan globalisasi dan bumiputera itu?

Mohd Nizam : Kita bimbangkan, perundingan Miti benar-benar mahu berbincang dengan kita adalah titik penting dengan kita

Mohd Nizam : Dalam 29 bab TPP ini, 14 bab secara teknikalnya telah dimuktamadkan.

Mohd Nizam : Apa yang pun tak jelas. Kita telah dengar banyak kali dengar daripada Barrack Obama yang mahu TPP diselesaikan Oktober nanti.

Mohd Nizam : Rata-rata pihak berkepentingan berpandangan TPP tidak dibawa berbincang.

Mohd Nizam : Tetapi Miti masih komited dengan perjanjian dan target perjanjian itu.

Mohd Nizam : Kita risau akan sentuh banyak aspek.

Mohd Nizam : Ada ratusan halangan perdagangan, aspek HALAL pun juga halangan.

Mohd Nizam : Dalam perubatan dan IT, kita tak boleh minta bahan-bahan daripada pihak lain sama ada dalam bentuk produk atau kandungan.

Mohd Nizam : Banyak perkara halangan dilihat berdasarkan US Trade Representative report.

Mustapa: Hanya laporan perniagaan WTO, kita pernah diambil tindakan.

Mustapa: Halal-ia soal agama ia penting, kita pertahankan. Betul laporan dalam AS sebut tapi kita tak akan berkompromi.

Mustapa: Kita ada target. Kalau target itu terlalu rumit yang perlu pinda Perlembagaan, kita tak akan pinda.

Mustapa: Ini hanya target untuk uruskan masa. Target tak harus kita korbankan negara.

Mustapa: Asean, perdagangan dengan Cina tak akan kesan, tak akan tergugat dengan TPP.

Mustapa: Timeline atau target itu penting, tapi tak akan mengorbankan negara.

Mustapa: Kita telah berbincang dengan semua badan GLC, Khazanah dan mengambil kira pandangan semua.

Moderator : Apakah program TPP itu berurusan bukan sekadar terbiar?

Mohd Nizam : Orang Melayu ini beradab, bila Datuk panggil kami buat perjumapaan enam mata, kami hadir.

Mohd Nizam : Tapi kita tekankan pertemuan itu tidak selesaikan masalah ini.

Mohd Nizam : Pelbagai pihak menantikan konsultasi yang lebih bermakna, hak-hak kami akan hilang, hak ekonomi berpotensi akan hilang.

Mohd Nizam : Dalam konteks empat kes di mana Kerajaan Malaysia disaman dan dua kes Malaysia menang.

Mohd Nizam : Gagal kerana sebab teknikal kerana dia tidak daftarkan kepentingannya dalam negara.

Mohd Nizam : Kerana terlibat krisis ekonomi 1998, intipati perundangan itu perlu dihalusi.

Mohd Nizam : Segala industri, pembuat artis bertanya kepada saya bagaimana nasib mereka?

Mohd Nizam : Adalah wajib tayang boleh digunakan berbanding filem Hollywood.

Moderator: Saya rasa penjelasan ini membolehkan kita mengharungi beberapa bulan lagi sebelum perjanjian itu termetrai.

Wacana Sinar Siri ke-22 berjudul Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: Apa Untuk Malaysia tamat.