SHAH ALAM -  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini,  hari ini.  

Pada majlis itu, baginda turut berkenan melawat galeri yang mempamerkan koleksi foto pegawai polis dari zaman dahulu sehingga kini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin hadir diiringi Tengku Permaisuri Norashikin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Baginda kemudiannya diperdengarkan bacaan al-Quran sementara menunggu majlis berbuka puasa.

Sementara itu, Mazlan dalam ucapannya berkongsi memgenai perjalanan PRU14 yang berjalan lancar dan terkawal.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohamed Azmin yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Tahniah dan semoga dapat menjalankan tugas dengam baik dan membentuk ummah cemerlang dan gemilang," katanya.