DORSET - UNITED KINGDOM. Gara-gara ‘tersilap orang’ seorang surirumah mendapati dirinya berada dalam senarai penjenayah dikehendaki. 

Adriana Barton, 41, mendapat panggilan rakan yang memaklumkan wajahnya terpampang dalam senarai penjenayah Britain yang dikehendaki Interpol.

Nama Barton tersenarai dalam kalangan suspek pengganas, penjenayah perang dan pesalah seks.

Ekoran kekeliruan itu, Barton ke balai polis dan telah disoal siasat sebelum dibebaskan. 

Sementara itu, pihak Agensi Penjenayah Kebangsaan (NCA), yang bertanggungjawab ke atas kekeliruan itu, mengakui pihaknya tersilap menghantar gambar Barton kepada pihak berkuasa Costa Rica di mana kononnya Barton dikehendaki atas jenayah penipuan. 

Siasatan mendapati Barton dan penjenayah sebenar mempunyai nama serupa namun berbeza umur. 

Barton dan suami menyaman pihak NCA atas kecuaian mereka. 

“Interpol dan NCA seharusnya melindungi namun kesilapan mereka ini boleh memusnahkan kehidupan,” ujar bekas guru tersebut. - Dailymail