KUANTAN - Seorang lelaki yang dipercayai dalang kes penipuan pakej umrah yang dilakukan bersama suri rumah, Zaiton Man, atau lebih dikenali sebagai Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin di sini, tahun lalu, ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, kira-kira jam 3 petang tadi.

Menurutnya, pengadu dalam kes ini ialah Kak Ton yang membuat laporan, ditipu suspek membabitkan wang berjumlah RM300,000 bagi pakej umrah pada bulan Disember tahun lalu.

Suspek berusia 38 tahun

“Pengadu telah memasukan wang itu ke dalam akaun Maybank syarikat terbabit pada bulan November 2016 hingga Oktober 2017,”  katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini

[ARTIKEL BERKAITAN: Suspek dikehendaki bantu siasatan kes tipu umrah ditahan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dalang sebenar tipu umrah ditahan]

Bagaimanapun, jelasnya, syarikat terbabit tidak dapat menyediakan pakej umrah tersebut dan gagal memulangkan  semula wang pengadu.

Dalam pada itu, Mohd Wazir disebabkan itu pengadu mendakwa dia telah ditipu boleh suspek dalam urusan tempahan pakej umrah yang tidak wujud.

Tambahnya, suspek akan di bawa ke IPD Kuantan untuk tindakan selanjutnya.