Warga Felda Jengka, UITM, Chenor, Maran, Temerloh, Mentakab dan daerah-daerah sekitarnya. Ayuh, sama-sama memeriahkan Pasar Komuniti & Karavan Jengka sempena Karnival Usahawan & Tahun Melawat Pahang 2017.

Bawa keluarga dan rakan-rakan ke karnival yang akan berlangsung dari 23-26 Disember 2016 dari jam 8.00 pagi-11.30 malam.

Jangan lepas peluang beli-belah buku di trak #Book2u. Diskaun sehingga 80% bagi buku-buku, novel, al-Quran, buku kanak-kanak, buku resipi, jahitan dan kraf.

Jom ramai-ramai mengunjunginya. Usah dibiarkan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Rugi dan menyesal kalau tak datang.