Membahagikan masa untuk wanita bekerja bukanlah satu perkara mudah. Tugasan di pejabat bertimbun perlu diselesaikan, pulang ke rumah ada lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika waktu mendesak, di rumah sekalipun tanggungjawab kerja di pejabat akan dibawa pulang ke rumah. Lalu, apakah kata kunci untuk membahagiakan wanita bekerja. Jawapannya adalah perancangan.

 

  • Buat skala keutamaan dalam melaksanakan setiap tugasan. Lakukan hal yang paling penting kemudian barulah lakukan tugasan yang kurang penting. Susunan sebegitu mengurangkan tekanan dalam diri anda.
  • Kumpulkan tenaga dalam diri kemudian carilah minta bantuan orang lain untuk menguruskan kesibukan pekerjaan dan pendidikan anak-anak. Justeru, carilah pembantu yang boleh anda percayai.
  • Anda perlu bijak berkomunikasi dengan pembantu yang dipercayai agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya.
  • Lakukan tugasan serentak juga membantu. Misalnya sambil menyediakan sarapan anak, anda masih boleh membasuh pakaian.
  • Memastikan setiap tugasan dilakukan dengan efektif dan efisien agar anda dapat melunaskan tanggungjawab mengikut waktu yang direncanakan.