Berapa ramai pemandu dari kalangan kita yang tengok dahulu arah belakang kenderaan atau persekitarannya sebelum membuka pintu kereta. Ramai yang lekan langsung membuka pintu sebaik sampai ke destinasi yang dituju.

Sebenarnya penting untuk anda melihat dahulu apakah halangan yang mungkin melintasi sebelum membuka pintu kenderaan. Salah satu cara selamat yang boleh anda praktikkan dinamakan Teknik 'Dutch Reach'.

Bagaimana Teknik Dutch Reach Menyelamatkan Nyawa

Ianya habit selamat yang diajar di sekolah memandu di negara Belanda. Kaedah ini menjelaskan semakin jauh tangan anda mencapai tombol pintu kereta, semakin selamat untuk anda.Ini dilakukan ketika mahu membuka pintu kereta.

Contohnya, sekiranya anda di tempat duduk pemandu dan mahu keluar, gunakan tangan kiri untuk membuka pintu berbanding tangan kanan.

Dengan itu, secara automatik kepala anda akan perpusing ke arah pintu dan mata anda akan terarah melihat halangan bergerak yang menuju ke kenderaan anda.

Cara ini juga membolehkan anda melihat sama ada kenderaan lain atau pejalan kaki mendekati kenderaan anda dari arah belakang.

Mengguna pakai kaedah ini dan menjadikannya habit boleh mengelak dari kemalangan yang diakibatkan oleh kecuaian.

Via Mingguan Wanita