Bila bergelar ibu bapa, kita selalu mahukan arahan yang diberi kepada anak mesti dipatuhi. Tetapi pernah tak kita semak cara kita memberi arahan itu betul dan sesuai mengikut tahap usia mereka?

Biasanya ibu ayah akan terus label anak "susah nak dengar cakap" sebab anak tidak mematuhi arahan yang diberi. Sebenarnya nak beri arahan kepada anak kecil pun kena ada cara yang betul dan mesti diajar secara berperingkat, barulah mereka senang dan dengar arahan.

Puan Liyana Raya, Terapis Cara Kerja berkongsi kaedah betul yang mesti dipraktiskan oleh semua ibu bapa untuk memastikan anak mengikut arahan. Jangan tahu marah je sebelum kita sendiri ajar dan tunjukkan cara yang betul pada mereka.

SENANG KE SUSAH ANAK KITA NAK DENGAR ARAHAN???

Memastikan anak mengikut arahan.

Ada beberapa kaedah untuk memastikan anak mengikut arahan kita:

1. Simplify task

Apa sahaja yang kita mahu anak kita buat,pastikan task yang kita berikan itu adalah semudah yang mungkin.Kanak-kanak seawal usia 10 bulan sudah boleh mengikut cakap kita seperti "nak" dan "nah"(apabila kita memberi).Semakin meningkat usia (terutama 14 bulan),kita sudah boleh menambah perkataan + perbuatan "nak tisu" "nak pampers" "nak baju" ; dan ini bergantung kepada apa yang anak pegang pada masa itu. Masalah ibu bapa sekarang ni adalah mereka expect anak perlu buat dan habiskan satu task secara sempurna. Mereka hanya budak-budak. Penerimaan arahan mereka tidak akan sama dengan kita yang sudah dewasa. Mulakan sedikit dan secara berperingkat la ye..

2.Expect less,accept mistakes

⭐Maka kita kena letakkan expectation kita sedikit yang boleh kepada tugas yang kita berikan kepada mereka.Dan dalam pada yang sama mereka akan buat salah,maka terima juga la ye.Contoh: Adik,ambil baju. Sekiranya si adik ni ambil seluar,jangan marah. Sebaliknya katakan,Eh,ni bukan baju la...ni seluar...ok,jom mama ajar adik ambil baju!

3.Physical prompting dan ajar,ajar,ajar!

⭐Ye,bila anak dah buat salah tu...betulkan la..jangan membebel. Berikan physical prompting (bantuan fizikal) sebanyak yang mungkin. Contohnya seperti kes di atas. Si adik mengambil seluar instead of baju.Maka,bawa tangannya untuk ambil baju yang anda ingin dia ambil.Kemudian,ajarkan. Ini baju,ini seluar...tunjukkan.Again,dia mungkin akan lupa (sama je mcm kita)....jadi,keep on mengajar la ye.Jangan putus asa. Tu la peranan kita sebagai ibu dan ayah.

4.Pilih waktu yang sesuai

⭐Kalau anak-anak tengah syok main, atau sedang duduk leka berehat, kita harus respect keinginan mereka sama seperti kita ingin mereka respect kita ketika kita buat kerja dan berehat. Masa yang sesuai untuk mengajar mereka mendengar kata adalah ketika mereka 'mengganggu' kerja kita. Again,ketika ini,beri simple task yang biasa contohnya kalau kita tengah masak,ajarkan saja dia membuang sayur yang tak elok ke dalam tong sampah. Caranya: Berikan arahan, "Adik,buang sayur ni!" Tapi si adik tadi buang kat lantai atau tempat salah. Maka,betulkan. "Eh,bukan buang kat lantai..dalam tong sampah .."sambil bantu tangannya,bawa ke tong sampah,"Haa...buang sayur ni dalam tong sampah". Jadinya,anda telah berjaya memanjangkan arahan anda dengan memberikan physical prompting + memilih waktu yang sesuai untuk mengajarnya.

Jadi,lama-lama nanti,anda sudah boleh buat ayat panjang "Adik,tolong mama buang pampers ni dalam tong sampah". Dia sudah faham,sebab anda apply semua cara ni secara berperingkat dan dengan memberi tunjuk ajar yang betul. Oh ya, jangan lupa puji anak-anak ye. Puji sehabis mungkin,sayang..peluk cium..tapi jangan manjakan dengan mainan selalu.

Selamat mencuba!

Sumber: ADIK Edutoys