Sewaktu hamil, pemakanan ibu sangatlah penting. Waktu inilah ibu harus menjaga untuk ambil makanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Terutamanya keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.

Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit sikit, tapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan yang diharapkan ibu hamil adalah dalam 5 – 18kg tergantung berat sebelum hamil.

Saya selalu nasihatkan pesakit saya untuk pastikan pemakanan seharian adalah cukup dan sihat, walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.

Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.

Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah insya-Allah, dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).

Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:

Protein

Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.

Contoh makanan sumber protein

ikan, seafood, ayam, daging, kambing, telur, kekacang, tofu

Kalsium

Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.

Contoh makanan sumber kalsium

moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy

Zat besi (iron)

Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.

Contoh makanan sumber zat besi

bayam, lettuce, kubis, daging, makanan laut, ayam, telur, pumpkin seeds, hummus, delima

Folate / folic acid

Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate / supplement folic acid walaupun sebelum hamil.

Contoh makanan sumber folate

bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis

Vitamin C

Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.

Contoh makanan sumber vitamin C

baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato

Lemak / Essential Fatty Acids

Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.

Cadangan makanan

chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil

Probiotic / prebiotic

Makanan untuk kesihatan usus ni sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Saya tak pernah lupa untuk ingatkan pesakit saya untuk ambil yang ini.

Sumber: Dr. Aimi Jaafar