Lelaki dan video games memang tak dapat dipisahkan. Bab-bab ni memang perempuan selalu makan hati sebab ada kalanya bila dah menghadap game, dorang langsung lupa dengan pasangan masing-masing.

 

Ramai wanita masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan si lelaki ini terlalu khusyuk bermain video games sampaikan tak makan dan tak tidur sebab terlampau leka bermain sehingga lewat malam.

 

Nak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh lelaki semasa mereka bermain video games?  Jom kita tengok lima sebab kenapa lelaki boleh main video games sampai berjam-jam.

 

1.    Hilangkan tekanan

 

 

Salah satu cara menghilangkan tekanan bagi lelaki adalah dengan bermain video games. Hiburan yang ada dalam setiap permainan itu dapat mengembalikan keceriaan dan keseronokan kepada mereka.

 

2.    Tingkatkan keyakinan diri

 

 

Bukan hanya sekadar hiburan, video games juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan keyakinan seseorang kerana terdapat permainan yang berunsurkan strategi atau pun penyelesaian masalah.

 

3.    Hobi

 

 

Ya, ini cara mereka meluangkan masa lapang sama seperti yang wanita lakukan seperti membaca buku, memasak atau shopping bila ada masa terluang. Bagi lelaki pula, apa lagi mestilah bermain video games.

 

4.    Erat silaturahim

 

 

Antara permainan yang boleh merapatkan hubungan di antara keluarga mahu pun rakan-rakan adalah game yang dimainkan secara berdua seperti FIFA dan Need For Speed.

 

5.    Jadi hero

 

 

Setiap video ada objektifnya tersendiri, terutama bagi game kategori aksi di mana mereka akan bertindak sebagai hero. Mungkin perlu menyelamatkan dunia atau apa-apa yang kita cintai seperti si puteri yang telah diculik oleh makhluk asing.

 

Secara kesimpulannya, okay la kalau pasangan korang kaki games daripada kaki perempuan kan? Hiks!

 

Sumber:FB  Lelong.my