External hard disk memang sangat berguna bukan saja kepada student, malah mungkin jika korang bekerja dengan media digital, pasti ada yang mahu membeli untuk kegunaan di tempat kerja dan di rumah.

 

Teknologi penstoran yang baik juga membuatkan ramai memilih untuk memiliki perkakasan ini bagi memudahkan pekerjaan.

 

Walau bagaimanapun, sebelum membeli external hard disk apa kata korang semak beberapa perkara yang perlu di ambil kira supaya perkakasan yang dibeli itu nanti adalah sesuai untuk kegunaan harian.

 

1.    Rekabentuk dan saiz penstoran

 

 

Jika dahulu, ramai yang membeli external hard disk dengan melihat kepada dua perkara ini iaitu cangkerang cakera keras dan kerangka luaran yang akan digunakan sebagai peranti storan. Pada waktu itu, cakera keras yang kecil hanya mempunyai jumlah penstoran yang sangat kecil dan harganya sama sekali tidak berbaloi.

 

Kini, external hard disk yang kecil mampu menampung jumlah penstoran yang cukup besar mengikut keperluan korang dengan memilih saiz penstoran yang berbeza. Harganya juga jauh lebih murah dan korang boleh abaikan saja apa-apa external hard disk yang hanya mempunyai jumlah penstoran lebih rendah daripada 512GB.

 

Dengan harga sekitar RM500, korang boleh membeli external hard disk yang mempunyai penstoran sebanyak 2TB dan ianya cukup untuk menampung semua fail muat turun atau fail-fail kerja dalam jangka masa yang lama.

 

2.    USB 3.0/Thunderbolt

 

 

Bila jumlah penstoran semakin besar, korang perlu mengambil kira tentang kelajuan pemindahan fail daripada komputer kepada external hard disk tersebut.

 

Sambungan USB 3.0 (640MB/s) merupakan piawaian yang agak popular kini kerana ia merupakan sambungan yang berkali ganda lebih laju daripada USB 2.0 (~60MB/s), selain mampu memberikan peranti penstoran tersebut kuasa yang lebih.

 

Jadi, korang boleh menggunakan hanya dengan satu port USB untuk menguasakannya, tidak seperti USB 2.0 yang mungkin memerlukan kuasa lebih daripada satu port.

Satu lagi piawaian baru yang sedang meningkat dari segi penggunaannya ialah Thunderbolt 3.0, menggunakan port fizikal USB 3.1 Type-C.

 

Sambungan ini mempunyai kelajuan pemindahan fail yang terpantas setakat ini pada kadar 4.0GB/s. Penggunaan port USB 3.1 Type-C ini juga bukan sahaja membolehkan pengguna mengecas peranti pintar dengan lebih laju.

 

3.    Pilihan ciri-ciri khusus

 

 

Salah satu ciri yang perlu korang tahu ialah tahan lasak. Ia sesuai bagi mereka yang sering menjatuhkan peranti dari atas meja atau pun sebagainya.

 

Satu lagi ciri baru yang semakin popular adalah sambungan WiFi yang membolehkan korang menyambung external hard disk kepada laptop tanpa menggunakan wayar.

 

Kelajuan pemindahan fail menggunakan sambungan WiFi tidaklah selaju dan stabil seperti sambungan USB, tetapi jika korang mempunyai jumlah port USB yang sangat sikit, seperti pada peranti komputer tablet, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban daripada perlu membawa dongle USB.

 

4.    Sokongan sistem fail

 

 

Sebelum ini, banyak pengeluar external hard disk memisahkan produk-produk mereka kerana Windows menggunakan format NTFS (New Technology File System) dan FAT32 (File Allocation Table), manakala MacOS pula menggunakan format HFS dan HFS Plus (Hierarchichal File System).

 

Kini, korang tak perlu risau kerana dengan adanya sistem-sistem operasi moden, termasuklah Windows 7,8, 10 dan MacOSX dan juga Linux semuanya boleh membaca format exFAT.

 

5.    Keselamatan fail

 

 

Ramai yang tidak begitu mementingkan faktor keselamatan fail ketika membeli external hard disk. Jenama-jenama pembuat perkakasan ini tidak selalunya hadir dengan perisian sekuriti yang mampu melindungi data daripada dicuri.

 

Jika mahu kan keselamatan fail ini dengan percuma, ada beberapa pilihan yang boleh digunakan untuk memastikan data korang selamat. Jika menggunakan sistem operasi Windows 7.1 Ultimate Edition, atau pun Windows 8.1 dan 10 Professional, korang boleh menggunakan perisian Bitlocker yang terbina di dalam Windows untuk menyulitkan fail-fail korang. Jika tidak, ada juga perisian percuma yang boleh digunakan seperti VeraCrypt.

 

6.    SSD

 

 

Trend terbaru industri penstoran adalah menggunakan SSD sebagai sebuah external drive, seperti mana dulu menggunakan hard drive untuk computer desktop sebagai storan luaran.

 

Kini, ada yang menjual cangkerang external untuk SSD berukuran 2.5 inci yang membolehkan korang menggunakan SSD yang terbiar sebagai sebuah external hard drive. Cangkerang ini juga menggunakan sambungan USB 3.0 untuk memindahkan data.

Jadi korang masih mampu mendapatkan kelajuan yang tidak terlalu jauh daripada kelajuan SATA III.

 

Sumber: amanz.my