Beauty with brain. Mesti ramai di antara wanita yang teringin sangat nak memiliki pakej lengkap macam begini. Zaman sekarang ni, setakat cantik saja orang tak pandang. Tapi, kalau rupa cantik dan otak pun bijak, memang korang menjadi sebutan satu Malaysia la.

 

Begitu juga yang berlaku kepada pasangan adik beradik kembar dari China, Sun Yumeng dan Sun Yutong yang secara tiba-tiba menjadi topik perbualan di media sosial apabila memperoleh ijazah sarjana dari Universiti Harvard dalam tempoh yang singkat.

 

 

Pasangan kembar yang berusia 23 tahun ini menerima pendidikan awal dia Nanjing Foreign Language School dan semasa di high school, mereka juga  bukan hanya bijak dalam bidang pendidikan, malah mereka juga merupakan ahli bagi pasukan bina badan dan pernah menggondol gelaran National Level Bodybuilder.

 

Mereka sebelum ini pernah menuntut di Universiti Fudan, Shanghai pada tahun 2012 dan pada tahun lepas, mereka telah pun mendapat tawaran daripada Univerisiti Harvard dan hanya setahun kemudian, Sun Yumeng dan Sun Yutong berjaya menamatkan pelajaran mereka di sana.

 

 

 

A post shared by 雨朦Yumeng (@kriseraph) on

 

Kisah dua beradik ini kini telah menjadi viral di media sosial kerana bukan hanya memiliki kecantikan semata-mata, pasangan kembar ini sudah membuktikan bahawa orang cantik juga mampu berjaya dalam pelajaran.

 

Ramai yang masih memandang rendah dengan wanita cantik kerana menganggap wanita cantik ini hanya gemar menayang kecantikan semata-mata tetapi otak kosong. Golongan-golongan ini juga digelar sebagai bimbo.

 

 

 

Ternyata kata-kata netizen ini sudah tidak boleh diterima pakai kerana lihatlah sendiri betapa ramai wanita cantik yang mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi. Sebagai contoh di Malaysia, Neelofa, Janna Nick dan Dr Soo Winci juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, selain punya rupa paras yang menawan.

 

Moga-moga kisah ini memberi semangat buat remaja di luar sana untuk terus berusaha gigih dan tidak hanya memegang gelaran sebagai wanita bimbo. Buktikan kepada mereka, korang yang cantik ni pun boleh berjaya dalam bidang pendidikan.

 

Sumber: nextshark.com