Terima kasih REMAJA ucapkan diatas pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh followers kami melalui email, Facebook dan Instagram.

 

Sempena Pencarian Hero Remaja 2017 yang telah menemui semua bermula April 2017, REMAJA akan cuba untuk menjawab persoalan yang sering kami terima agar semuanya jelas dengan penganjuran pada kali ini.

 

Berapakah syarat kelayakan umur untuk Pencarian Hero Remaja 2017?

 

Peserta yang ingin menyertai Pencarian Hero Remaja perlu berusia 17 - 24 tahun sahaja. Asalkan usia kamu belum mencecah 25 tahun sepanjang tempoh pencarian ini, kamu dikira layak untuk menyertainya.

 

Adakah saya perlu mempunyai sijil kelulusan dari mana-mana universiti?

 

Kami menggalakkan peserta yang mempunyai latar belakang pendidikan yang memuaskan di kalangan peserta. Namun, kami menerima penyertaan peserta yang sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Ketinggian saya tidak mencecah syarat 170sm. Adakah saya layak untuk menyertai?

 

Ketinggian 170sm hanyalah tanda aras yang kami letakkan untuk menyeragamkan para peserta. Tetapi bak kata orang, fizikal seseorang itu hanyalah sebahagian daripada apa yang kami nilaikan.

 

 

Apakah yang akan dinilai oleh panel Pencarian Hero Remaja 2017 semasa peringkat ujibakat?

 

Seorang Hero Remaja haruslah mempunyai pakej yang lengkap. Bukan hanya dari segi fizikal ketinggian, tubuh dan paras rupa saja. Dia juga harus mempunyai daya intelektual yang tinggi untuk menempuh pengalaman yang mencabar semasa tempoh pencarian dan selepas tamat nanti.

 

Dia juga harus bersedia untuk tampil komited dengan program ini sehingga ia tamat dan mempunyai nilai moral yang tinggi sebagai seorang lelaki. Adakah kamu mempunyai ciri-ciri tersebut?

 

Adakah kesemua peserta perlu memilih lakonan sebagai karier, seperti yang dapat kita lihat pada finalis Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan?

 

Kami tidak menyasarkan para finalis untuk wajib menjadikan bidang lakonan sebagai karier mereka. Lagipun Hero Remaja bukanlah platform untuk mencari seorang pelakon semata-mata.

 

Hero Remaja 2017 adalah titik permulaan untuk kami mencari ikon lelaki muda baru di Malaysia untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

 

Sama ada kamu ingin menjadi seorang selebriti, model, entreprenuer, social media influencer atau apa-apa sekalipun, ia menyediakan platform untuk kamu mempertaruhkan bakat dan personaliti di hadapan khalayak ramai. Sinilah juga tempat untuk kamu mengasah kemampuan diri yang sebenar.

 

Berapa ramaikah finalis yang akan terpilih selepas sesi ujibakat?

 

Buat masa sekarang, kami sedang mencari 20 orang finalis untuk ke peringkat seterusnya.

 

 

Apa yang perlu saya persiapkan setelah menyertai Pencarian Hero Remaja 2017?

 

Para finalis perlu bersedia dari segi emosi, fizikal dan mental sepanjang tempoh 4 sehingga 5 bulan yang akan datang.

 

Setiap cabaran yang bakal dilakukan bersama Hero Remaja memerlukan kamu untuk mengorbankan masa hari bekerja. Oleh itu, faktor komitmen amatlah dipandang berat.

 

 

Apakah antara aktiviti yang kami lakukan nanti?

 

Itu rahsia! Hehe...tetapi segala aktiviti yang akan kami lakukan bersama para finalis yang terpilih nanti akan merangkumi segala aspek dari segi fitness, gaya fesyen, cara pertuturan, daya intelek dan macam-macam lagi.

 

Bagaimanakan saya ingin ketahui info terkini mengenai Pencarian Hero Remaja 2017?

 

Segala info terkini akan kami muat naikkan di laman web www.remaja.my, di facebook.com/remaja dan di laman Instagram @majalahremaja.

 

Bagi menyaksikan susulan aktiviti bersama Hero Remaja dan sorotan di sebalik tabir yang tidak pernah kami lihat sebelum ini, dapatkan majalah REMAJA bermula isu Jun 2017 ini!