Fesyen dunia hari ini semakin ‘advance’ dengan rekaan yang aneh-aneh dan kadangkala tidak masuk akal. Namun jangan terkejut jika ada yang sanggup menggayakannya.

 

Sebuah jenama di Los Angeles, Hologram City telah pun mengeluarkan rekaan seluar pendek renda see-through untuk digayakan pada musim panas dan dipadankan bersama kemeja T renda yang sesuai.   

 

Pada kaca mata kita mungkin ia nampak pelik dan jelik, tetapi bagi mereka rekaan outfit yang rare adalah satu trend fesyen yang harus dihargai dan digayakan dengan yakin.

 

Hm, memang nampak yakin sangat tu sebab tak semua orang berani nak bergaya dengan outfit yang macam ni kan?

 

 

Asalnya, outfit ini direka untuk sebuah kumpulan rap di NYC bagi rakaman video muzik. Mereka dengan yakin menggayakan outfit yang berwarna-warni bersama tube socks dan sneakers.

 

Namun begitu, rata-rata pengguna media sosial turut memberikan pandangan negatif terhadap rekaan ini di laman twiter dengan berkata "If your man wears these it is time to trade her in for a real man."

 

Difahamkan juga, rekaan renda seperti ini juga sudah lama wujud sekitar tahun 2013 oleh jenama terkenal Versace dan Gucci juga telah melakukan perkara yang sama pada tahun 2015.

 

 

Tidak hanya dengan fesyen renda see-through ini, sebuah jenama antarabangsa RompHim turut sama berani menghasilkan rekaan yang lain daripada lain bagi outfit lelaki, iaitu romper. Biasanya romper ni dipakai pada bayi dan memang nampak comel, tetapi hari ini ia merupakan satu gaya fesyen berani yang digayakan oleh lelaki. Apa pula pandangan korang? Nampak comel macam baby tak? Hehe

 

 

Jika dipandang dari sudut positif, tidak ada salahnya lelaki ingin bergaya dalam fesyen. Apa yang paling penting adalah bagaimana mereka yakin dengan membawa diri dalam persalinan seperti itu.

 

Fesyen lelaki hari ini juga tidak lagi seperti dulu-dulu. Dahulunya, golongan ini hanya menggayakan kemeja atau t-shirt dan berseluar jean. Namun, fesyen lelaki telah pun melalui perubahan yang ketara dengan hasil rekaan yang jauh berbeza daripada dahulu.

 

Walau bagaimanapun, pilihan tetap di tangan korang. Jika memang sudah suka, pakai saja la dan tak perlu nak dengar apa orang kata. Pada yang tidak suka pula, janganlah memperlekehkan pilihan orang lain.

 

Setiap orang mempunyai taste yang berbeza dalam fesyen. Apa yang korang pakai mungkin digelakkan oleh orang lain, dan apa yang orang lain pakai pula mungkin jelik bagi korang.

 

Kesimpulannya, tetapkan pendirian dan kalau suka terus je pi beli k? Hiks!