Kita semua sukakan rumah yang bersih dan kemas namun seringkali kita tidak punya masa yang mencukupi untuk membersihkan rumah setiap hari. Bagaimanapun, ada beberapa benda di rumah yang patut anda berikan perhatian lebih daripada benda yang lain.

 

1. TUALA MANDI

Kajian terbaru menunjukkan bahawa tuala dapur adalah benda yang paling tercemar di dapur begitu juga dengan tuala kecil di dalam bilik mandi anda. Ini kerana tuala ini sering digunakan lebih daripada sekali sehari, ia mudah kotor dengan cepat. Oleh itu, tuala dapur dan tuala mandi perlu ditukar beberapa hari sekali atau setiap hari jika anda mempunyai keluarga yang besar.

 

2. KUNCI

Anda sering melupakan benda ini namun percaya atau tidak, kunci mempunyai bakteria lebih banyak daripada butang lif.  Ini kerana anda sering menyentuh kunci dengan tangan yang kotor, masukkan di dalam poket yang kotor dan kadang kala ia akan terjatuh di tanah. Akibatnya, anda akan membawa jumlah kuman yang banyak ke dalam rumah anda. Oleh itu, ia sangat penting untuk anda membersihkan kunci anda dengan kain lap antiseptik.

 

3. LANTAI BILIK AIR

Pastikan setiap kali selepas mandi, lap lantai bilik air anda. Pastikan bilik air sentiasa kering untuk mencegah pembiakan bakteria, kulat dan kuman.

 

4. SPAN DAPUR

Span juga antara benda yang paling kotor yang ada di dapur anda. Span sering digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk, periuk dan papan pemotong dan juga seirng digunakan untuk mengelap tumpahan dan juga serbuk. Cara terbaik untuk membersihkan span adalah dengan menggunakan gelombang mikro.  Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membasuh span dengan teliti dan letakkan span yang basah di dalam ketuhar gelombang mikro selama satu hingga dua minit pada kuasa yang rendah. Pastikan anda sentiasa memantau proses ini dengan teliti. Matikan gelombang mikro dengan segera jika anda melihat asap. Ingat, span yang mempunyai pad logam tidak boleh dibersihkan dengan menggunakan kaedah ini.

 

5. SINKI

Jangan sangka selepas anda membasuh tangan atau pinggan mangkuk, sinki anda akan menjadi bersih juga. Terdapat banyak kuman dan bakteria yang melekat pada dinding sinki. Jadi pastikan anda sering membersihkan sinki anda selepas membasuh tangan mahupun selepas membasuh pinggan dan mangkuk.

 

6.PINGGAN KOTOR YANG DIRENDAM SABUN

Meninggalkan hidangan kotor di dalam sinki sehingga pagi adalah satu tabiat yang buruk dan juga membuat tugas membasuh anda lebih mencabar. Jika anda menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk, jangan bilas pinggan anda secara manual sebelum menggunakannya. Satu lagi tip terbaik adalah sentiasa mencuci pinggan mangkuk dengan serta-merta selepas setiap hidangan.

 

 7. MESIN PEMBANCUH KOPI

Mesin pembancuh kopi adalah sarang untuk bakteria dan juga kulat, jadi penting untuk anda membersihkannya setiap hari. Untuk membersihkannya, anda perlu menceraikan bahagian mesin agar ia memudahkan anda untuk membersihkan sisa kopi, serbuk kopi, dan minyak dengan cepat dan mudah.

 

8. BERUS DAN SPAN SOLEKAN

Jika anda menggunakan berus solekan yang sama untuk jangka masa yang panjang, ia mungkin akan mengumpulkan pelbagai jenis bakteria dan kuman yang boleh memudharatkan kulit wajah anda. Oleh itu, ia amat penting untuk anda membersihkan alat solek anda di dalam air sabun suam setiap kali anda selesai menggunakannya.