Penghargaan: Rambozzi

Rak kayu dinding ini sesuai diletakkan di ruang-ruang yang sempit. Boleh dijadikan sebagai rak pameran barang bersaiz kecil dan tanaman renek. Untuk lebih menarik, aliskan cat minyak dengan warna mengikut tema yang di tetapkan.

PROFIL PROJEK

Projek: Rak kayu

Tahap projek: Dewasa

Tempoh masa: 3 jam

Kesukaran: ***

Kesesuaian projek: Outdoor / indoor

Bahan-bahan:

● Paku

● Gam 3 saat

● Pensel

● Pembaris sudut

● Pemotong Kayu

● Tukul besi

● Pita ukur

● Kayu pine 9 cm (L) x 2 cm (T)

 

Cara-cara:

1. Sediakan tiang kayu utama berukuran 27 cm dengan potongan serong 45 darjah pada hulu dan pangkal kayu.

 

2. Sediakan 3 keping pelantar rak dengan potongan 45 darjah seperti tiang utama.

 

3. Padankan lebihan kayu potongan sebagai sokongan dengan menggunakan gam 3 saat terlebih dahulu sebelum dipakukan.

 

 

4. Padankan ketiga-tiga pelantar rak pada tiang utama dengan menggunakan gam tiga saat terlebih dahulu diikuti dengan paku untuk lebih kukuh.